Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pekerja Singtel dipenjara, godam akaun media sosial teman wanita & akses sistem telko

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pekerja Singtel dipenjara, godam akaun media sosial teman wanita & akses sistem telko

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY 

SINGAPURA: Semasa menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya, Yap Wee Chian yang merupakan kakitangan Singtel mengakses maklumat peribadi pelanggan telko yang berhubung dengan teman wanitanya.

Mahkamah mendapati pada Khamis (12 Mei) bahawa mangsa memutuskan hubungan dengan pesalah dek perasaan cemburunya. Yap kemudian mencerobohi akaun Facebook dan Instagram mangsa untuk mengenal pasti individu yang berhubung dengan mangsa. Pesalah juga mengubah kata laluan dan alamat emel akaun tersebut.

Perasaan obses bertukar menjadi benci apabila dia pergi ke kediaman baru mangsa dan membuang kasut beliau.

Yap yang kini berumur 35 tahun dijatuhi hukuman lapan minggu penjara di mahkamah daerah pada Khamis.

Warga Singapura itu mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan gangguan yang menyalahi undang-undang, akses tanpa kebenaran kepada bahan komputer dengan dua tuduhan yang sama turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Yap akan menjalankan hukuman pada 13 Jun dan diikat jamin S$10,000 buat masa ini.

Mahkamah mendapati bahawa dia bekerja sebagai kakitangan khidmat pelanggan dengan Singtel antara 2011 dengan 2019 yang menangani masalah telefon bimbit pelanggan.

Yap diberikan akses kepada sistem Niometrics telko berkenaan pada 2018 dan mengendalikan aduan daripada pelanggan bagi khidmat telefon bimbit. Ini membolehkan dia mengakses maklumat pelanggan.

Penyelia Yap memberitahunya agar tidak menggunakan sistem itu untuk kepentingan diri sendiri.

Pada April 2019, dia mula menjalinkan hubungan dengan mangsa yang berumur 32 tahun itu. Dia mempunyai sifat cemburu terhadap mangsa dan sering mensyaki beliau berhubung dengan lelaki lain, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Thiagesh Sukumaran kepada mahkamah.

Yap kemudian sedar bahawa teman wanitanya menerima beberapa kiriman mesej melalui WhatsApp daripada lelaki lain pada Oktober 2019.

Yap menghafal numbor telefon bimbit lelaki itu dan mengakses maklumat pada sistem Niometrics sebanyak 22 kali pada Oktober hingga Disember 2019 untuk memastikan sama ada lelaki itu dan mangsa menggunakan aplikasi telefon bimbit tersebut pada masa yang sama, misalnya di dalam media sosial.

Mangsa membuat aduan pada 7 November 2020 selepas menyedari apa yang sudah dilakukan oleh pesalah. Beliau juga bimbang akan keselamatan dirinya.

Apabila Yap menyedari pada Mac 2021 bahawa mangsa tidak lagi mahu menjalinkan hubungan dengannya, dia pergi ke unit perumahan mangsa dan membuang tiga pasang kasut.

Dia kini "benci dengan mangsa dan rasa bahawa beliau sudah menyakitkan hatinya", DPP Thiagesh Sukumaran memberitahu mahkamah.

Jika didapati bersalah melakukan gangguan di bawah Akta Gangguan, Yap boleh dipenjara sehingga 12 bulan atau didenda tidak melebihi S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah mengakses bahan komputer di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, dia boleh dipenjara hingga S$5,000, dipenjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan