Bekas pekerja Penguasa Pengawalan Kasino dipenjara; buat lebihan tempahan kartrij pencetak untuk dijual semula
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Nuria Ling/TODAY)
SINGAPURA: Seorang bekas eksekutif kanan dengan Penguasa Pengawalan Kasino (CRA) dijatuhi hukuman penjara dua tahun sebulan pada Isnin (3 Apr) kerana menyalahgunakan kartrij pencetak yang bernilai S$93,116.14 dan menjualnya di Carousell bagi membayar bilnya.
Zulkiflie Yacob, 45 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan pecah amanah jenayah oleh seorang kakitangan awam.
Dia dijatuhi hukuman penjara 11 bulan atas salah satu daripada tuduhan tersebut dan 14 bulan bagi tuduhan kedua. Kedua-dua hukuman tersebut akan dijalankan secara serentak mulai 28 April.
Dia diberi pelepasan yang membawa kepada pembebasan bagi satu lagi tuduhan pecah amanah jenayah, sementara tuduhan keempat diambil kira semasa menjatuhkan hukuman tersebut.
Zulkiflie berkata dia telah menggunakan hasil penjualan daripada menyalahgunakan kartrij pencetak itu untuk menampung perbelanjaannya dan membayar bilnya.
APA YANG BERLAKU?
Semasa bertugas, Zulkiflie diberi tanggungjawab untuk memperoleh bekalan pejabat, termasuk membeli dan memantau bekalan alat tulis seperti kartrij pencetak.
Pada April 2016, dia secara sengaja mula membuat tempahan bagi katrij pencetak pada jumlah melebihi apa yang diperlukan untuk kegunaan CRA, dengan menggunakan belanjawan kewangan penguasa pengawalan tersebut. Dia berbuat demikian dengan niat untuk menjual kartrij tambahan itu dan menyimpan hasil penjualan tersebut.
Dia mewajarkan lebihan pembelian itu dengan mengatakan bahawa jumlah katrij pencetak yang tinggal adalah rendah dan perlu ditambah.
Antara April 2016 hingga Oktober 2018, dia menyalahgunakan sejumlah 753 kartrij pencetak yang bernilai S$93,116.14.
Tindakannya itu terbongkar ketika satu audit CRA dijalankan, yang mendedahkan terdapat percanggahan antara jumlah kartrij pencetak yang dibeli dengan jumlah sebenar yang digunakan serta baki stok yang tinggal.
CRA kemudian membuat aduan polis dan Zulkiflie diberkas pada 12 Mac 2020.
Bagi setiap tuduhan pecah amanah jenayah sebagai seorang kakitangan awam, Zulkiflie boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.