Bekas pekerja penghantaran Ninja Van perdaya pelanggan pindah wang untuk dapat barang
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail barang dihantar. (Gambar: Unsplash/RoseBox)
SINGAPURA: Meskipun dia tidak lagi bekerja dengan Ninja Van, bekas pekerja penghantaran itu tetap mengakses pangkalan data syarikat tersebut menggunakan butiran lamanya untuk mendapatkan maklumat pelanggan.
Dia kemudian memperdaya pelanggan untuk memindahkan wang kepadanya menerusi PayNow, menggunakan helah seperti memberitahu mereka bahawa mereka perlu membuat bayaran tertentu sebelum barangan boleh dihantar kepada mereka.
Malah, dia membungkus beberapa barangan miliknya sendiri dan menghantarkannya kepada pelanggan, serta menuntut yuran kerana menolak barangan tersebut apabila pelanggan berkata barang yang diterima adalah salah.
Muhammad Syafiq Jasni, 28 tahun, dihukum penjara 14 minggu pada Selasa (22 Ogos) atas kesalahannya itu. Dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan menipu dan mengakses sistem komputer untuk menipu, dengan lagi tujuh tuduhan dipertimbangkan.
Mahkamah diberitahu bahawa Syafiq pertama kali melesapkan wang S$1,184.60 yang dikumpulkan daripada pelanggan semasa bekerja sebagai penghantar barang dengan syarikat Parcelogix pada April 2020.
Dia menggunakan wang itu untuk melunaskan hutang dengan tailong, bank dan kawan-kawannya. Dia meminjam wang daripada entiti dan rakan-rakan untuk perbelanjaan peribadi, menurut dokumen mahkamah.
Keluarga Syafiq sudah membuat pembayaran penuh bagi pihaknya dan dia dikenakan amaran bersyarat 12 bulan pada Mei 2020.
Sekalipun demikian, Syafiq tidak serik.
Pada Ogos 2020, dia mendekati seorang wanita berusia 39 tahun yang dikenali semasa bekerja dengan Ninja Van, semasa dia menghantar barang ke rumah wanita berkenaan.
Dia berbohong dengan wanita itu bahawa dia mempunyai hutang bank yang tertunggak sebanyak S$5,000 dan memerlukan wang untuk perbelanjaan peribadi memandangkan dia tidak mempunyai wang mencukupi dalam akaun banknya.
Dia memberitahu wanita itu bahawa dia akan memindahkan wang dari akaun bank miliknya ke akaun wanita berkenaan dan wanita itu kemudian boleh memindahkan jumlah yang sama ke akaun PayLah miliknya.
Dia berbohong kepada wnaita itu bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk memindahkan wang dari akaun bank ke akaun PayLah.
Syafiq menunjukkan kepada wanita itu pemberitahuan yang menyatakan dia sudah memindahkan wang ke akaun bank wanita berkenaan. Namun dia tidak menunjukkan pemberitahuan seterusnya bahawa wang gagal dipindahkan, disebabkan wang tidak mencukupi dalam akaun miliknya.
Dengan cara ini, dia memperdaya wanita itu untuk memindahkan sebanyak S$2,300 kepadanya antara 19 Ogos dengan 20 Ogos 2020.
AKSES PANGKALAN DATA NINJA VAN
Syafiq kemudian terus menipu dengan mengakses pangkalan data Ninja Van menggunakan butiran pengenalan dan kata laluan lama yang digunakan semasa masih bekerja dengan syarikat itu.
Dia memperoleh butiran penghantaran seorang wanita 29 tahun, yang tempahannya perlu dibayar secara tunai apabila barang dihantar.
Dia kemudian mengirimkan mesej WhatsApp kepadanya, menyatakan bahawa dia akan menghantar barang yang ditempah wanita berkenaan. Dia menghantar salinan invois kepada mangsa, membuatkan mangsa percaya kepadanya.
Dia meminta wanita itu memindahkan bayaran S$320 menerusi PayNow bagi penghantaran dua barang. Wanita itu melakukannya.
Keesokan harinya, Syafiq membungkus beberapa barang peribadi miliknya dan menghantarkannya ke rumah wanita berkenaan. Selepas Syafiq berlalu pergi, wanita itu menyedari bahawa barang yang dihantar adalah salah.
Beliau kemudian meminta bayaran balik dan menyuruh teman lelakinya berhubungan dengan Syafiq. Syafiq memperdaya lelaki itu supaya percaya bahawa terdapat yuran S$100 bagi barangan yang ditolak.
Dia memberitahu lelaki itu bahawa dia akan membahagi dua yuran penolakan tersebut dan lelaki itu kemudian membayar Syafiq S$50 menerusi PayNow.
Syafiq kemudian berkata dia akan datang kembali untuk mengambil barang yang ditolak itu. Namun dia tidak kembali.
Wanita itu kemudian menyedari bahawa beliau sudah ditipu dan membuat aduan polis.
Syafiq sekali lagi mengakses pangkalan data Ninja Van pada 27 Ogos 2022 dan memperoleh butiran penghantaran untuk seorang pelanggan wanita berusia 50 tahun, yang akan membuat bayaran tunai apabila barang dihantar.
Syafiq melakukan penipuan yang sama dengan pelanggan 50 tahun itu. Syafiq meminta pelanggan berkenaan memindahkan S$518 bagi penghantaran barang namun wanita itu enggan memberikan bayaran penuh.
Wanita itu berkata beliau hanya akan memindahkan S$118 terlebih dahulu dan membayar bakinya selepas menerima barang.
Namun, wanita itu menyedari beliau sudah ditipu selepas menerima mesej penghantaran barang daripada Ninja Van.
Pada 29 Ogos, Syafiq kebetulan pergi ke tempat kerja mangsa yang berusia 29 tahun.
Wanita itu mengenali Syafiq dan mencatat butirannya. Beliau kemudian menghantar butiran tersebut kepada polis, membolehkan polis mengenal pasti identitinya.
Sejak itu, Syafiq sudahpun membuat bayaran balik sepenuhnya kepada semua mangsa. Jumlah yang terlibat bagi semua pertuduhan adalah S$4,070.60.
Pihak pendakwa meminta hukuman penjara antara dua bulan dua minggu dengan tiga bulan empat minggu.
Beliau berkata Syafiq bertindak secara "sengaja dan berterusan", dengan beberapa mangsa terlibat selain kesalahan-kesalahannya sukar dikesan.
Tindakan Syafiq juga sudah "dirancang terlebih dahulu", dengan menyalahgunakan akaun lamanya meskipun sudah tidak bekerja sebagai pekerja penghantaran dengan Ninja Van.
Mahkamah membolehkan Syafiq menangguhkan hukuman penjaranya untuk bermula pada September.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.