Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pekerja penghantaran didenda selepas gilis lalu sebabkan keretakan pada kaki wanita warga emas

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pekerja penghantaran pada Rabu (20 Dis) didenda S$2,500 dan dilarang memandu selama lapan bulan selepas kereta yang dipandunya menggilis kaki seorang warga emas.

Tan Kim Hock, 38 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan akibat kecuaian kerana gagal berwaspada ketika memandu.

Mahkamah diberitahu bahawa Tan sedang menghantar barangan bagi syarikatnya pada pagi hari kejadian.

Dia memandu ke arah jalan raya di 460 Alexandra Road dan mula mencari tempat meletak kereta untuk memunggah barangan syarikatnya.

Pada masa yang sama, mangsa, Cik Ang Siew Wah berusia 61 tahun, sedang melintasi jalan raya.

Rakaman video yang ditayangkan di mahkamah menunjukkan mangsa tidak melihat van tersebut sehingga ia melanggarnya, menyebabkan mangsa terjatuh ke belakang.

Pada masa yang sama, Tan tidak memeriksa sekitarannya dengan betul kerana perhatiannya lebih tertumpu untuk mencari tempat meletak kereta.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami keretakan pada kaki kiri.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan akibat kecuaian, Tan boleh dihukum penjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan