Bekas pekerja pembersih SMRT dijel, cuba cabul wanita dalam bas
Seorang lelaki mabuk yang cuba mencabul kehormatan seorang wanita dalam bas ulang alik dan melemparka kata-kata kesat dalam bahasa Tamil dan Hokkien, dijatuhi hukuman penjara 10 minggu hari ini (4 Dis).
Gambar hiasan.
SINGAPURA: Seorang lelaki mabuk, yang cuba mencabul kehormatan seorang wanita dalam bas ulang alik dan melemparkan kata-kata kesat dalam bahasa Tamil dan Hokkien, dijatuhi hukuman penjara 10 minggu hari ini (4 Dis).
Kajayendra Krishnan, 50 tahun, seorang penduduk tetap dari Malaysia, mengaku bersalah atas satu tuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa dan satu lagi tuduhan menghina kehormatan wanita berkenaan.
Tuduhan ketiga turut dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman.
Mahkamah difahamkan bahawa Kajayendra menaiki bas ulang alik CW6 dari Boon Lay menuju ke Pusat Pemeriksaan Tuas pada petang 7 Mei 2018.
Kajayendra duduk sebelah mangsa, seorang wanita warga Malaysia berusia 44 tahun. Dia kemudian meraba tangan kanan mangsa dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Setibanya di Pusat Pemeriksaan Tuas, mangsa segera menghampiri seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk membuat aduan mengenai perkara tersebut.
Pihak pendakwa raya minta Kajayendra dikenakan hukuman tahanan, dengan tempohnya ditetapkan oleh hakim.
Pihak pendakwa juga menarik perhatian bahawa tertuduh sebelum ini pernah didapati bersalah berkelakuan tidak senonoh. Insiden baru-baru ini pula berlaku dalam sebuah pengangkutan awam, dengan mangsa ditahan tanpa keizinannya.
Hakim Daerah Mathew Joseph menekankan bahawa penumpang wanita tidak harus rasa risau mereka mungkin dicabul atau diganggu ketika menggunakan pengangkutan awam.
Tempoh hukuman penjaranya bermula dari tarikh dia direman pada 27 September lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.