Bekas pekerja Cheers dibicarakan sebab buat kenyataan berbaur perkauman, muat naik video polis di TikTok
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Today/Ili Nadhirah Mansor)
SINGAPURA: Seorang bekas pekerja Cheers yang memuat naik video dirinya di TikTok bertikai dengan pegawai polis, sedang dibicarakan selepas dia mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan gangguan pada Isnin (26 Feb).
Video tersebut yang dimuat naik pada 2 Januari 2023 tular, dengan salah satunya mendapat lebih daripada 6 juta tontonan.

Jonathan Ong Jun Jie, 30 tahun, sedang mencabar tiga tuduhan yang termasuk mengucapkan kata-kata berbaur perkauman kepada seorang individu, dan memuat naik enam video perbualannya dengan pegawai polis dengan niat menyebabkan gangguan di TikTok.
Ketika membuka perbicaraannya, Timbalan Pendakwa Raya Lee Da Zhuan memberitahu mahkamah bahawa mangsa, Encik Namasivayam Jayapal, memasuki Cheers di Lau Pa Sat sepanjang Raffles Quay pada 1 Januari 2023 sekitar pukul 8.00 malam untuk membeli arak.
Ketika Encik Namasivayam membawa tin arak kepada juruwang, yang dikendalikan oleh Ong, dia berbual dan bertanya sama ada Ong adalah seorang warga asing.
"Tertuduh kemudian menghina Namasivayam dengan mengatakan dia berasal dari Bangladesh dan Chennai serta Jayapal berada di bawah tapak kakinya," kata DPP Lee.
Beliau menambah bahawa kata-kata Ong membuatnya "sungguh yakin" bahawa Encik Namasivayam akan diganggu.
Sebagai tindak balas, Encik Namasivayam memaki Ong, sebelum menghubungi polis.
DPP Lee berkata, sebagai respons kepada panggilan tersebut, Sarjan Mohammad Firdaus Hassan dan dua pegawai lain bergegas ke cawangan Cheers itu.
Ketika Sarjan Firdaus memasuki kedai serbaneka tersebut, Ong mula merakam ketiga-tiga pegawai polis menerusi telefon bimbitnya.
"Sebelum memulakan siasatan
dengan tertuduh, Sarjan Firdaus meminta maklumat peribadi tertuduh, namun di enggan memberinya."
Sarjan Firdaus kemudian memberi amaran kepada Ong bahawa kemungkinan berlaku akibat buruk sekiranya dia tidak memberi maklumat peribadinya, dan jika dia terus merakam video polis semasa siasatan sedang dijalankan.
Ong, bagaimanapun, tidak mengendahkan amaran itu dan memuat naik videonya dalam enam catatan TikTok yang berbeza, dua daripadanya termasuk kapsyen "kelakuan SPF seperti samseng" dan "Polis berbohong secara terang-terangan".
DPP Lee berkata bahawa kata-kata tersebut "jelas biadap dan menyinggung perasaan" terhadap Sarjan Firdaus, dan Ong berniat menyebabkan gangguan terhadapnya dengan memuat naik video itu.
Perbicaraan akan diteruskan pada Selasa (27 Feb).
Jika didapati bersalah, Ong berdepan hukuman penjara sehingga 12 bulan atau denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan gangguan.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.