Skip to main content

Singapura

Bekas peguam M Ravi mengaku bersalah atas beberapa kesalahan termasuk tolak sami, serang pembantu peguam

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas peguam M Ravi mengaku bersalah atas beberapa kesalahan termasuk tolak sami, serang pembantu peguam

Peguam M Ravi. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 17 Jul 2024 06:20PM Dikemas Kini : 18 Jul 2024 09:25AM
SINGAPURA: Bekas peguam, M Ravi mengaku bersalah pada Rabu (17 Jul) atas sejumlah pertuduhan jenayah yang didakwa dilakukannya antara November 2021 hingga September 2023.

Antaranya ialah mengganggu ketenteraman awam di Kuil Sri Mariamman, menampar beberapa orang dan menyerang para pembantu peguam mengenai cetakan dokumen-dokumen bagi perbicaraan di mahkamah.

Pada November tahun lalu, beliau dihukum penjara 21 hari atas sembilan insiden menghina mahkamah. Dia digantung khidmat beberapa bulan kemudian atas kelakuan kurang wajarnya.
Pihak pendakwa meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara selama 18 hingga 24 minggu serta denda bagi Ravi.

Ini memandangkan dia telah didapati bersalah dalam tiga kes sebelum ini.

Peguam bela pula meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara tidak lebih tujuh minggu dan denda.

Hakim Daerah Luke Tan akan memberikan keputusannya pada suatu tarikh yang ditetapkan kelak.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita