Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas peguam dipenjara empat minggu dera pekerja sejak 2018

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bekas peguam, Samuel Seow Theng Beng dijatuhi hukuman penjara empat minggu dan denda S$1,500 pada Jumaat (28 Okt) kerana mendera beberapa pekerjanya pada April tahun 2018.

Rakaman video tentang perbuatannya itu tersebar di media sosial.

Perbuatan termasuk menunjal dahi seorang pekerjanya dan menolak fail yang dipegang wanita itu.

Seow juga menarik lengan dan menampar anak saudara perempuannya sendiri yang bekerja dengannya.
Bekas peguam berusia, 49 tahun, itu sudah mengaku bersalah sebelum ini terhadap setiap pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dan melakukan tindakan kekerasan jenayah.

Hakim Ronald Gwee berkata kes itu menumpukan perhatian terhadap hubungan antara majikan dan pekerja.

Menurutnya "ramai di antara kita" mungkin pernah mengalami sendiri, mempunyai majikan yang "sombong dan pemarah" atau sebarang sifat negatif yang lain.

Bagaimanapun, bagi situasi tersebut majikan melampaui batas dan menggunakan kekerasan terhadap pekerja, kata hakim.

"Perbuatan seperti itu mesti dikutuk," tambahnya lagi.

Semasa menjatuhkan hukumannya, hakim mengambil kira dua lagi pertuduhan terhadap Seow.
Sumber : CNA/MU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan