Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas peguam didakwa menyeleweng hampir S$480,000

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang bekas peguam didakwa di mahkamah pada Khamis (14 Apr) kerana menggelapkan hampir S$480,000 yang diamanahkan kepadanya, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Gurdaib Singh Pala Singh, 69 tahun, didakwa kerana menyediakan dokumen mahkamah untuk seorang individu dan bertindak sebagai peguamnya ketika dia sudah dikeluarkan daripada senarai peguam di Mahkamah Tinggi.

Gurdaib Singh merupakan seorang peguam di firma Gurdaib Cheong & Partners. Antara tahun 2011 dan 2016, dia didakwa menyeleweng dana sebanyak S$479,876 yang diamanahkan kepadanya oleh tiga pelanggan atas pelbagai sebab berbeza, menurut polis.

Dia didakwa di mahkamah pada Khamis (14 Apr) atas tiga tuduhan melakukan jenayah pecah amanah. Jika didapati bersalah dia boleh dipenjara seumur hidup atau dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

Pada 2018, bekas peguam itu dikeluarkan daripada senarai peguam Mahkamah Tinggi.

"Meskipun demikian, pada 2019, Gurdaib Singh didakwa sudah menyediakan afidavit bagi seorang individu berhubung satu prosiding di mahkamah Singapura," menurut polis.

Atas tindakannya itu, Gurdaib Singh dikenakan satu tuduhan di bawah Akta Kerjaya Guaman. Jika didapati bersalah, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi S$25,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan