Bekas pegawai polis didakwa terima rasuah, halang proses keadilan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Seorang bekas pegawai polis didakwa di mahkamah pada Selasa (22 Nov) atas tuduhan menerima rasuah berjumlah S$32,500 dan menghalang proses keadilan.
Poo Tze Chiang menerima rasuah dalam bentuk tunai dan pinjaman sebanyak tujuh kali antara 2019 dan 2020, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
Dia dikatakan diberi wang sogokan untuk memberi maklumat dan bantuan kepada Cordell Chan Yuen Kwang dan Wang Huate berhubung siasatan polis yang sedang dijalankan terhadap mereka.
Seorang lagi lelaki, Ng Chuan Seng akan juga didakwa dengan tuduhan bersubahat rasuah.
Poo, 45 tahun, berdepan dengan tujuh tuduhan rasuah, sementara Ng, 51 tahun, dikenakan satu tuduhan bersubahat rasuah.
Selain itu, Poo juga menghadapi tiga tuduhan bagi kesalahan menghalang proses keadilan.
Menurut CPIB, Ng didakwa sengaja membantu Chan dan Wang untuk memberi rasuah kepada Poo, iaitu wang tunai berjumlah S$2,000, pada September 2019.
Poo juga dipercayai memaklumkan Chan bahawa Wang akan ditahan sekiranya dia melaporkan dirinya untuk diikat jamin, pada atau sekitar 5 Ogos 2020.
Ketiak dia berada di sebuah kolong blok di Bukit Batok, Poo didakwa menunjukkan kad waran polis miliknya kepada dua pegawai polis lain yang sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut, agar mereka tidak melakukan sebarang pemeriksaan ke atas Chan dan Wang, yang berada dengannya.
Di kawasan yang sama pada 25 November 2020, Poo dilaporkan memaklumkan kepada Chan bahawa dia ternampak kereta rakan setugasnya, lalu mengarahkan Chan untuk pergi ke kedai kopi berdekatan.
Jika didapati bersalah menerima rasuah, Poo boleh didenda sehingga S$100,000, dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Atas kesalahan menghalang proses keadilan, dia juga boleh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.