Bekas pegawai penyiasat dipenjara kerana cabul kehormatan 2 wanita terkait kesalahan vape
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Jeremy Long/CNA
SINGAPURA: Seorang pegawai yang ditugaskan untuk menyiasat kesalahan berkaitan vape didapati mencabul kehormatan dua wanita yang disoal siasat dan mengganggu salah seorang daripada mereka secara seksual.
Zaini Ibrahim, 55 tahun, dihukum penjara selama 28 bulan 10 minggu pada Jumaat (26 Jul). Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan mencabul kehormatan, satu tuduhan menghina kehormatan wanita dan satu tuduhan cuba meminta layanan seks.
Lagi sembilan tuduhan serupa turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman tersebut.
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sebelum ini menyatakan tugas Zaini telah digantung menyusuli satu siasatan dalaman yang dijalankan. Dia bertugas sebagai Pegawai Penyiasat di sebuah syarikat bernama WSH Experts, yang dikontrak oleh Cawangan Peraturan Tembakau HSA pada masa itu.
Menyusuli insiden tersebut, HSA menyatakan langkah perlindungan tambahan akan dikuatkuasakan. Ini termasuk memerlukan kehadiran kakitangan pentadbiran wanita di dalam bilik pada setiap masa sewaktu pegawai penyiasat lelaki menyoal siasat suspek wanita.
Dua mangsa terbabit tidak boleh dinamakan atas arahan mahkamah bagi melindungi identiti mereka.
Sebagai sebahagian daripada tugasnya, Zaini perlu menyiasat pembelian, penggunaan dan pemilikan produk berkaitan tembakau terlarang, seperti vape atau e-pengewap, yang diharamkan di Singapura. Tugasnya termasuk menyemak semula bukti, menyoal siasat dan merekodkan keterangan subjek sebelum menyiapkan laporan siasatan bagi HSA.
Zaini juga menyerahkan saranan kepada HSA untuk hukuman dijatuhkan.
Kes mangsa pertama, seorang wanita berusia 44 tahun, diserahkan kepada Zaini selepas dia ditahan dengan dua vape di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 Julai 2022.
Selepas menghubunginya untuk menjadualkan sesi soal siasat, Zaini mula menghantar mesej WhatsApp kepadanya. Mesej tersebut tidak lama kemudian berunsur seksual, dengan Zaini meminta mangsa tmenghantar gambar payudaranya.
Mangsa enggan berbuat demikian tetapi Zaini terus mengganggunya dengan soalan yang berbaur seksual dan permintaan serupa.
Pada 6 Julai 2022, Zaini mengambil keterangan mangsa dalam sebuah bilik persidangan di pejabat WSH apabila dia membuat komen lucah mengenainya.
Apabila mangsa meninggalkan bilik itu, Zaini meraba-raba mangsa, yang terus menepis tangannya.
Mangsa kemudian memberitahu Zaini bahawa dia bimbang tentang hukuman yang mungkin dikenakan ke atasnya, memandangkan dia miskin. Sebagai respons, Zaini mengesyorkan notis komposisi jika mangsa "membantunya" sebagai ganjaran. Notis komposisi melibatkan pesalah membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan perkara tersebut tanpa dihadapkan ke mahkamah.
Apabila mangsa bertanya apa yang Zaini maksudkan, dia mengatakan bahawa dia mahu mengadakan hubungan seks dengannya. Dia bagaimanapun tidak menjawab permintaan itu.
Zaini akhirnya mencadangkan notis komposisi untuk mangsa.
Mangsa kedua, yang merupakan seorang wanita berusia 41 tahun, memberikan keterangannya kepada Zaini pada 29 Mac 2022, selepas pod vape dan vape ditemui padanya awal tahun itu.
Apabila mereka berdua mulanya duduk bertentangan antara satu sama lain, Zaini memintanya duduk lebih dekat dengannya, kononnya supaya dia boleh menunjukkan beberapa gambar kepadanya.
Dia akhirnya mula menyentuh paha mangsa, mengabaikan bantahannya. Pada satu ketika, Zaini menyentuh pangkal paha mangsa selama kira-kira setengah minit.
Apabila siasatan dijalankan ke atas kesalahan itu, Zaini mengakui dalam kenyataannya bahawa dia berani menyentuh mangsa kerana dia tahu mangsa percaya bahawa dia mempunyai kuasa untuk membuat cadangan yang bersifat belas kasihan bagi kesnya.
Pihak pendakwa mengusulkan agar Zaini dijatuhi hukuman penjara antara 29 hingga 38 bulan, dan hukuman penjara selama 10 minggu sebagai ganti kepada lima sebatan rotan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.