Bekas pegawai penyiasat antivape didakwa cabul suspek, minta ganjaran seksual
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)
SINGAPURA: Seorang bekas pegawai penyiasat kesalahan e-rokok, atau vape, didakwa pada Rabu (20 Dis) kerana mencabul suspek, membuat komen menghina mereka dan meminta ganjaran seksual untuk meringankan hukuman.
Zaini Ibrahim, seorang lelaki rakyat Singapura berusia 54 tahun, dikenakan 13 pertuduhan yang terdiri daripada rasuah, menghina kehormatan dan mencabul kehormatan.
Menurut kenyataan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Zaini merupakan pegawai penyiasat ketika membuat kesalahan tersebut.
Perkhidmatannya ditawarkan syarikat WSH Experts bagi Penguasa Sains Kesihatan (HSA) kepada .
CPIB menyatakan Zaini menjalankan siasatan mengenai kesalahan vape bagi pihak HSA sejak November 2021.
Dia dituduh cuba mendapatkan ganjaran seksual daripada seorang wanita yang disiasatnya atas kesalahan e-rokok pada 6 Jul 2022.
Dia didakwa menawarkan untuk meringankan hukuman wanita tersebut, dengan mengesyorkan notis komposisi, iaitu denda di luar mahkamah, dan bukan tindakan oleh mahkamah.
Zaini juga dituduh mencabul seorang suspek wanita di pejabat WSH di 29 Mayo Street pada 29 Mac 2022.
Selain itu, dia didakwa menghina kehormatan dua wanita yang disiasatnya pada Jun dan Julai 2022, sama ada secara peribadi di pejabat WSH, atau melalui mesej WhatsApp.
Dia didakwa bertanya kepada seorang wanita di pejabat WSH sama ada dia masih seorang dara, dan bercakap tentang perbuatan seksual. Dia juga dituduh membuat komen lucah yang mengaitkan alat vape dengan seorang wanita.
TERTUDUH MOHON PERINTAH MAHKAMAH
Zaini berkata, dia berhasrat untuk mengaku bersalah, namun sedang menunggu keputusan permohonannya ke Pejabat Pembela Awam untuk mendapatkan peguam.
Menurutnya, dia mempertikaikan beberapa bahagian pertuduhan itu, seperti terjemahan bahasa Inggeris kata-kata menghina yang dikatakannya dalam bahasa Melayu.
Dia juga meminta supaya perintah mahkamah dikeluarkan untuk dirinya dan keluarganya tidak dikenal pasti.
Zaini berkata anaknya sedang menuntut di sebuah politeknik pada tahun akhir. Oleh itu, dia tidak ingin identitinya didedahkan.
Hakim berkata dia memerintahkan agar nama-nama mangsa, bukan tertuduh tidak didedahkan.
Ini kerana katanya perintah mahkamah itu bertujuan untuk melindungi para mangsa.
Zaini akan kembali ke mahkamah pada Januari.
Jika disabit kesalahan rasuah, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya sekali.
Akibat menghina kehormatan seseorang, dia boleh dipenjara sehingga setahun serta didenda.
Bagi kesalahan mencabul, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda. Dia tidak boleh dirotan kerana umurnya melebihi 50 tahun.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.