Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pegawai LTA didakwa di bawah OSA; simpan dokumen meski sudah berhenti kerja

Seorang bekas pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) didakwa pada Selasa (7 Dis) kerana menyimpan dokumen-dokumen yang dia mempunyai akses dalam tugasannya meskipun sudah berhenti kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pegawai LTA didakwa di bawah OSA; simpan dokumen meski sudah berhenti kerja

Gambar fail: TODAYonline

Diterbitkan : 07 Dec 2021 11:28AM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 11:29AM

SINGAPURA: Seorang bekas pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) didakwa pada Selasa (7 Dis) kerana menyimpan dokumen-dokumen yang dia mempunyai akses dalam tugasannya meskipun sudah berhenti kerja.

Benny Tan Yong Liang, 34 tahun didakwa dengan satu tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana menyimpan dokumen yang diperolehi ketika dia bertugas sebagai penolong pengurus persekitaran LTA.

Dia dipercayai menyimpan dokumen-dokumen itu antara 20 November 2020 dengan 8 Mac 2021 dalam komputer riba peribadinya. Namun, tidak didedahkan di mahkamah apakah dokumen-dokumen tersebut.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyatakan dalam kenyataan sebelum ini bahawa Singapura tidak akan bertolak ansur terhadap rasuah dan kegiatan jenayah yang lain.

Jika sabit kesalahan, Tan boleh didenda sehingga S$2,000 dan dihukum penjara sehingga dua tahun.

Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada bulan depan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan