Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pegawai DBS akses maklumat pelanggan, beri butiran kepada rakan untuk bandingkan gaji

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang bekas pegawai DBS mengakses maklumat pelanggan bagi tujuan yang tidak dibenarkan kerana dia "ingin tahu". Dia juga membantu seorang rakan untuk mengetahui tahu gaji rakan sekerjanya.

Liong Yan Sin, 32 tahun, dijatuhi hukuman penjara 16 minggu atas kesalahannya pada Isnin (21 Nov).

Dia mengaku bersalah atas sepuluh tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan enam tuduhan di bawah Akta Bank. Lagi 42 tuduhan turut diambil kita.

Mahkamah diberitahu bahawa Liong seorang juruwang di DBS antara Julai 2016 dengan Disember 2018.

Untuk menjalankan tugasnya, dia diberikan akses kepada Sistem Maklumat Pelanggan DBS.

Liong mencari maklumat dalam sistem tanpa kebenaran, untuk mengetahui butiran pelanggan. Dia melakukan demikian bagi nama pelanggan yang dia temui di forum online atau untuk memeriksa butiran milik rakan atau saudara maranya.

Dia membuat sepuluh carian dalam sistem berkenaan pada 2018.

BEKAS RAKAN SEKERJA INGIN TAHU GAJI RAKAN SEKERJA BARU

Rakan sejenayah Liong yang pertama, Dinath Silvamany Muthalliyar, sebelum ini bekerja dengan Liong di DBS. Dia kemudian bertukar kerja dan bekerja di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebagai pengurus pentadbiran levi.

Dari Jun 2018, Dinath mula meminta Liong untuk mendapatkan butiran gaji rakan sekerja Dinath di MOM.

Liong bersetuju dengan permintaan Dinath dan memberinya butiran gaji pelanggan yang diperiksa tanpa kebenaran dalam sistem DBS sebanyak lima kali.

Liong kemudian berkenalan dengan rakan sejenayah kedua, Ang Kok How. Kedua-dua lelaki itu mengenali seorang wanita bernama "Kelly".

Kelly mula meminjam wang daripada Ang untuk berjudi dan menjelang September 2018 berhutang kira-kira S$23,000 daripada Ang.

Kelly membayar hutangnya namun dalam jumlah yang kecil dan kemudian tidak dapat dihubungi oleh Ang.

Ang meminta pertolongan Liong untuk menghubungi Kelly. Liong kemudian membuat carian di dalam sistem DBS bagi butiran pelanggan Kelly. Dia kemudian memberikan butiran itu kepada Ang melalui WhatsApp.

Muslihat Liong terbongkar oleh DBS dan bank itu membuat aduan polis pada 2018.

Pihak pendakwa mengusulkan 20 minggu penjara dan menarik perhatian mengenai penyalahgunaan amanah dan kepercayaan oleh Liong.

Namun, beliau menarik perhatian bahawa tiada pelanggan terlibat yang melaporkan sebarang gangguan atau ugutan oleh Dineth atau Ang.

Liong dibenarkan menangguhkan hukuman penjaranya ke Disember.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan