Skip to main content

Singapura

Bekas pegawai bank didakwa menipu mangsa lebih S$1.9 juta

Seorang bekas pegawai bank peribadi akan didakwa di mahkamah esok (8 OKt) atas kesalahan-kesalahan menipu, membuat pemalsuan dan pengubahan wang haram di samping kesalahan lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pegawai bank didakwa menipu mangsa lebih S$1.9 juta

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 07 Oct 2019 10:37PM Dikemas Kini : 07 Oct 2019 10:39PM

SINGAPURA: Seorang bekas pegawai bank peribadi akan didakwa di mahkamah esok (8 OKt) atas kesalahan-kesalahan menipu, membuat pemalsuan dan pengubahan wang haram di samping kesalahan lain.

Lelaki berusia 33 tahun itu dituduh memperdaya mangsa-mangsanya wang bernilai lebih S$1.9 juta dalam kesalahan yang dilakukan antara Februari 2015 hingga April 2018.

Menurut kenyataan media polis pada Isnin (7 Okt), lelaki berkenaan memperdaya mangsanya dengan meyakinkan bahawa wang mereka akan dimasukkan ke dalam simpanan tetap atau dilabur dalam produk kewangan.

"Untuk meyakinkan mangsa-mangsanya, dia juga didakwa menggunakan dokumen yang dipalsukan," menurut polis.

Selain itu, lelaki berkenaan juga dituduh cuba untuk menghalang proses keadilan dengan menganggu bahan bukti dua orang saksi.

Dia berdepan lebih 90 tuduhan - termasuk enam tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan pemalsuan, dua tuduhan cuba menghalang proses keadilan dan 65 tuduhan menukar atau memindahkan hasil yang diperoleh daripada kelakuan jenayah di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Serius Lain (Rampasan Hasil). 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita