Bekas NCMP Daniel Goh berkata beliau dipecat Parti Pekerja
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Daniel Goh)
SINGAPURA: Bekas Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Daniel Goh berkata pada Khamis (1 Jun) bahawa beliau telah dipecat daripada Parti Pekerja (WP).
Menurutnya dalam satu catatan di Facebook, alasan yang diberikan seperti yang terkandung dalam surat WP ialah berkaitan dengannya mendedahkan maklumat mengenai "kerja dalaman" parti pembangkang tersebut.
Beliau melampirkan salinan surat WP yang telah disunting dalam catatannya itu, sambil menambah bahawa beliau berbuat demikian kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti telah "meminta dengan baik" supaya beliau tidak mendedahkan surat-menyurat itu kerana maklumat mengenai "kerja dalaman" parti berkenaan.
"Walaupun secara ironinya itulah alasan yang diberikan bagi saya dipecat. Begitulah keadaannya apabila kurang kebertanggungjawaban," tulis beliau.
Ketika dihubungi, WP enggan mengulas.
Menurut surat yang telah disunting oleh Profesor Madya Goh, tindakan itu "berkuat kuasa serta-merta".
Meskipun Prof Madya Goh tidak menjelaskan apakah "kerja dalaman" parti yang dimaksudkannya, beliau pada 2022 berkata bahawa WP telah menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk meneliti catatan Facebooknya mengenai saga Raeesah Khan.
Beliau kemudiannya mendakwa bahawa WP berkata jawatankuasa itu mahu menemu bualnya kerana catatan beliau itu membolehkan "lawan politik" WP mempunyai pemahaman dalaman tentang bagaimana parti itu beroperasi, dan telah "menimbulkan keraguan" pada kewibawaan pucuk kepimpinan parti.
Prof Madya Goh telah membuat beberapa catatan di Facebook tentang cara parti itu mengendalikan pengakuan Cik Raeesah pada 1 Nov 2021 bahawa beliau telah berbohong di Parlimen.
Cik Raeesah meletakkan jawatan pada November 2021 selepas mengaku berbohong di Parlimen. Dia didapati bersalah menyalahgunakan keistimewaan parlimen dan didenda S$35,000.
Dalam catatan Facebooknya pada Khamis, Prof Madya Goh, yang kini merupakan provost bersekutu pendidikan sarjana muda di Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata "persaraannya daripada politik sudah lengkap" dengan pemecatan itu.
Beliau mula menjadi sukarelawan WP pada Pilihan Raya Umum 2011 dan menjadi anggota parti itu pada 2013.
Pada pilihan raya 2015, beliau adalah antara calon dalam pasukan WP yang bertanding tetapi kalah di GRC East Coast.
WP kemudiannya mencalonkannya untuk memegang jawatan NCMP selepas seorang lagi anggotanya Lee Li Lian, yang hilang kerusinya di Punggol East kepada Encik Charles Chong daripada Parti Tindakan Rakyat, enggan kerusi NCMP itu.
Beliau berundur daripada jawatannya dalam CEC WP pada 2020 untuk memberi tumpuan kepada "keadaan kesihatan" yang tidak didedahkan dan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada tahun itu.

Sumber : Today/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.