Skip to main content

Singapura

Bekas naib presiden CIMB dijatuhi perintah larangan 5 tahun

Bekas naib presiden Bank CIMB Berhad dikenakan perintah larangan atas kesalahan perdagangan orang dalam

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas naib presiden CIMB dijatuhi perintah larangan 5 tahun
Diterbitkan : 31 Jul 2018 07:10PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 07:12PM

SINGAPURA: Bekas naib presiden Bank CIMB Berhad dikenakan perintah larangan lima tahun yang berkuatkuasa semalam (30 Jul), atas kesalahan perdagangan orang dalam, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Dalam satu kenyataan media hari ini (31 Jul), MAS menyatakan bahawa Alan Tay Yeow Kee mengatur bagi seorang lain membeli saham-saham bagi pihaknya di dua buah syarikat iaitu Qualitas Medical Group Limited dan Leeden Limited, menggunakan maklumat dagangan orang dalam, pada 2011.

Tay tahu akan maklumat tersebut menerusi jawatannya sebagai naib presiden CIMB.

Dia kemudian meraih keuntungan sekitar S$30,000 menerusi saham-saham yang dibeli selepas kedua-dua syarikat mencatat kenaikan saham mereka menyusuli tawaran-tawaran mengambil alih syarikat diumumkan.

Menurut MAS, Tay didapati bersalah atas tiga tuduhan bagi dagangan orang dalam dan tiga tuduhan lain yang dipertimbangkan untuk tujuan hukuman, pada Mei 2017.

Dia didenda S$180,00 oleh Mahkamah Daerah.

Dengan penguatkuasaan larangan tersebut, Tay dilarang daripada menjalankan sebarang kegiatan-kegiatan yang dipantau atau dalam pengurusan syarikat, menjadi seorang pengarah ataupun sebagai pemegang saham besar sebarang firma khidmat pasaran modal di bawah Akta Sekuriti dan Masa Depan.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita