Bekas naib pengetua, pengarah eksekutif dipenjara sorok kes cabul kanak-kanak oleh tukang masak prasekolah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang bekas naib pengetua dan pengarah eksekutif di sebuah prasekolah dijatuhi hukuman penjara pada Isnin (19 Jan) atas pelibatan mereka dalam percubaan menutup kes cabul yang dilakukan oleh seorang tukang masak di sekolah tersebut.
Semasa menjatuhkan hukuman, hakim berkata kedua-dua wanita itu benar-benar mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada mereka kerana "sengaja gagal" melaporkan penderaan seksual kanak-kanak, dan menyifatkan tindakan mereka sebagai "mementingkan diri sendiri".
Bekas pengarah eksekutif yang berusia 59 tahun itu dijatuhi hukuman penjara empat bulan, manakala bekas naib pengetua berusia 49 tahun pula dikenakan hukuman penjara tiga bulan dan dua minggu.
Tukang masak berkenaan, Teo Guan Huat, 61 tahun, dijatuhi hukuman penjara lebih sembilan tahun pada November lalu kerana mencabul tiga kanak-kanak kecil semasa waktu tidur dalam tempoh tujuh bulan pada tahun 2023.
Kedua-dua wanita tersebut, yang merupakan pemimpin kanan prasekolah itu, gagal melaporkan perbuatan Teo dan berpakat untuk memadamkan semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mengandungi bukti serta memadam bukti video perbuatan tersebut.
Perintah mahkamah melarang pendedahan identiti mangsa yang berumur antara satu hingga dua tahun semasa kejadian daripada, serta nama prasekolah tersebut, yang secara tidak langsung melarang penerbitan nama kedua-dua wanita berkenaan.
Naib pengetua tersebut secara tidak sengaja menemui perbuatan cabul itu semasa sedang menyemak rakaman CCTV untuk urusan lain pada 16 November 2023. Pada masa itu, pengarah eksekutif dan pengetua sedang berada di luar negara untuk menghadiri kursus mengenai perlindungan kanak-kanak daripada penderaan.
Selepas berbincang tentang apa yang perlu dilakukan dengan rakaman tersebut, naib pengetua dan pengarah eksekutif berpakat untuk memadamkannya daripada telefon mereka.
Mereka membangkitkan isu itu kepada pengerusi jawatankuasa pengurusan sekolah pada 22 November 2023. Dalam mesyuarat tersebut, pengarah eksekutif berkata akan ada kesan buruk kepada prasekolah jika laporan polis dibuat, seperti sesi soal siasat polis.
Dia juga mendakwa mangsa sedang tidur dan mungkin tidak mengalami sebarang kesan, lalu mencadangkan agar perkara itu diselesaikan secara senyap dengan meminta Teo meletak jawatan.
Pengerusi jawatankuasa berkata perbuatan Teo mungkin masih kekal dalam ingatan mangsa, dan jika ada kesan buruk, lebih baik bantuan awal diberikan. Naib pengetua kemudian berkata jika dia adalah ibu kepada kanak-kanak itu, dia lebih rela untuk tidak tahu apa yang dilakukan oleh Teo terhadap anaknya.
Pengetua sekolah tersebut menangis dan berkata dia tidak mahu ibu bapa mengeluarkan anak-anak dari sekolah, sambil mengakui wujudnya kelalaian di pihak prasekolah.
Selepas mesyuarat, pengerusi memberitahu mereka bahawa dia memutuskan untuk tidak membuat laporan polis dan hanya akan memecat Teo. Teo kemudian meletak jawatan selepas diberikan pilihan untuk berhenti atau dipecat.
Pengerusi kemudian berubah fikiran dan memberitahu wanita-wanita tersebut bahawa dia akan membuat laporan polis. Mereka bertiga bersetuju untuk meletak jawatan seperti yang dibincangkan awal, tetapi pengarah eksekutif dan naib pengetua terus berpakat untuk memadam rakaman bukti tersebut.
Kedua-dua mereka kemudian mendesak pengetua untuk bersetuju dengan rancangan ini, dan naib pengetua telah memformat cakera keras sistem CCTV atas arahan pengarah eksekutif.
Mereka mengadakan satu lagi mesyuarat dengan pengerusi, di mana ambulans terpaksa dipanggil untuk pengetua kerana dia mengalami sesak nafas dan menangis.
Laporan polis akhirnya dibuat pada awal Disember 2023 dan Teo ditangkap. Polis mendapati ketiga-tiga cakera keras sistem CCTV prasekolah sudah dipadam, namun mereka berjaya mendapatkan semula rakaman bukti tersebut.
Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) mendenda prasekolah itu sebanyak S$26,200, menyekat pendaftaran murid baharu, dan memendekkan tempoh lesennya daripada 36 bulan kepada enam bulan. ECDA juga mengambil tindakan terhadap empat ahli pengurusan prasekolah, dan tel melarang tiga daripada mereka daripada bekerja dalam sektor prasekolah sejak April 2024.
Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Sharmila Sripathy-Shanaz berkata kanak-kanak di prasekolah sangat mudah terdedah kepada bahaya kerana mereka tidak mampu membela diri atau memahami bahaya yang dihadapi.
"Oleh itu, adalah menjadi tugas utama pendidik untuk bertindak sebagai pelindung mereka, melindungi mereka daripada bahaya dan memastikan persekitaran mereka selamat," kata hakim.
Beliau menekankan kegagalan yang disengajakan oleh mereka dalam melaporkan penderaan tersebut sebagai satu "pengkhianatan besar" terhadap kepercayaan masyarakat. Hakim juga berkata tindakan mementingkan diri itu dibuat semata-mata untuk melindungi kepentingan sendiri, dan perbuatan memadam rakaman menyusahkan pihak polis tanpa alasan yang kukuh.
Pengetua yang berusia 62 tahun juga mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan tetapi akan dijatuhi hukuman pada tarikh lain sementara menunggu maklumat lanjut daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Sumber : CNA/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.