Bekas mandur dipenjara 8 minggu, sogok pengawal keselamatan untuk bolehkan sindiket seludup rokok
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang bekas mandur dihukum penjara lapan minggu pada Khamis (19 Dis) kerana menyogok seorang pengawal keselamatan untuk membolehkan sindiketnya seludup dan menjual rokok haram.
Theku Raja Suresh, seorang warga India berusia 41 tahun, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah, dengan dua lagi pertuduhan dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Mahkamah diberitahu bahawa Suresh terlibat dalam sebuah sindiket bersama kru pelabuhan lain yang bekerja dengan Eng Hup Shipping.
Mereka ditempatkan di Terminal Chevron Penjuru, di mana kesalahan berlaku.
Sehingga Januari 2023, sindiket itu mempunyai sekurang-kurangnya lapan anggota, termasuk Suresh dan kru pelabuhan lain, Rathnakumar Deepan dan Vadivalu Dharman.
Sejak sekurang-kurangnya 2020, sindiket itu menyeludup rokok dan menjualnya dengan bantuan Ahmad Khamis, seorang pengawal kanan keselamatan firma Pico Guards yang bertugas di terminal itu.
Sebagai pekerja pelabuhan, anggota sindiket itu mempunyai akses kepada kapal yang berlabuh di terminal.
Anggota sindiket tertentu akan terlebih dahulu menerima maklumat tentang rokok diseludup dalam kapal tertentu. Mereka kemudian akan memberitahu Suresh.
Menggunakan kuasanya sebagai mandur, Suresh akan memastikan bahawa pekerja yang ditugaskan di kapal berkenaan termasuk anggota sindiket.
Anggota sindiket ini kemudian akan memaklumkan Ahmad, pengawal keselamatan yang terlibat, mengenai bila rokok seludup itu akan tibai. Ahmad akan memastikan dia bekerja pada syif itu.
Apabila kapal itu berlabuh, anggota sindiket yang ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja pelabuhan akan memindahkan rokok yang diseludup itu ke kawasan bilik persalinan mereka. Rokok itu biasanya disembunyikan dalam beg sampah hitam.
Seorang anggota sindiket kemudiannya akan membawa beg sampah ke kawasan membuang sampah dengan menaiki kereta buggy. Kawasan membuang sampah dipilih kerana ia tidak dipantau kamera CCTV.
Untuk sampai ke kawasan membuang sampah, kenderaan itu perlu melalui pondok pengawal keselamatan. Ahmad akan berdiri di sana dan secara automatik membenarkan ia lalu keluar.
Sindiket itu kemudiannya akan menjual rokok haram yang diseludup itu kepada pembeli di kawasan membuang sampah yang masih terletak di dalam kawasan terminal, Bagaimanapun, pembeli dapat mengakses kawasan itu dengan bantuan Ahmad.
Hasil daripada penjualan itu dibahagikan antara anggota sindiket. Suresh menerima sekurang-kurangnya S$2,350 secara keseluruhan.
Ahmad dibayar antara S$50 dengan S$200 tunai setiap kali dia membantu sindiket itu.
Bersama dengan anggota lain dalam sindiket itu, Suresh menyogok Ahmad lebih lapan kali dari 2020 hingga 2022, berjumlah sekurang-kurangnya S$750.
Suresh ditangkap pada Februari 2023 kerana disyaki terlibat dengan rasuah. Dokumen mahkamah tidak menyatakan bagaimana kesalahan itu terbongkar.
Ahmad juga didakwa atas tuduhan rasuah, dan dijadual mengaku bersalah pada 3 Januari 2025.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.