Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas ketua jurulatih skuad Singa Barry Whitbread ditemui selamat selepas dilapor hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas ketua jurulatih skuad Singa Barry Whitbread ditemui selamat selepas dilapor hilang

(Gambar: Zak Whitbread/Twitter)

SINGAPURA: Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak Singapura Barry Whitbread sudah ditemui selepas beliau dilaporkan hilang pada Rabu (28 Dis), menurut anak lelakinya, Zak.

Dalam satu hantaran di Twitter, Zak menyatakan ayahnya mengalami penyakit Alzheimer's dan kali terakhir dilihat di pusat bandar Warrington, di barat laut United Kingdom (UK) pada Rabu (28 Dis).

Beliau kemudiannya memberi kemas kini bahawa ayahnya sudah ditemui di Huyton, sebuah bandar berdekatan pada Khamis (29 Dis) sekitar 3.30 pagi. Tambah Zak, ayahnya masih dalam keadaan binggung tetapi mujur tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zak kemudian berkata beliau tidak dapat menzahirkan penghargaan yang mencukupi kepada semua yang membantu dalam menyebarkan mesej berhubung ayahnya, menerusi catatannya itu.

Whitbread menerajui pasukan Singa untuk membawa pulang trofi Piala Tiger 1998 - kejuaraan pertama pasukan bola sepak Singapura di peringkat antarabangsa. Lelaki Britain itu melatih pasukan Singapura selama kira-kira tiga tahun.

Pasukan Konstabel Cheshire sebelum ini merayu bantuan daripada orang awam untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai keberadaan Whitbread, yang berusia 73 tahun itu.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan