Bekas kakitangan sekolah tadika didakwa dera 3 murid berusia 5 tahun
Seorang wanita berusia 34 tahun didakwa pada Khamis (11 Sep) kerana mendera tiga kanak-kanak berusia lima tahun di sebuah tadika.
Gambar fail Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
- Seorang wanita berusia 34 tahun didakwa pada Khamis (11 Sep) kerana mendera tiga kanak-kanak berusia lima tahun di sebuah tadika.
- Wanita itu dikenakan tiga tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan fizikal yang tidak wajar terhadap kanak-kanak.
- Menurut kertas tuduhan, tertuduh bekerja di sebuah tadika ketika dia melakukan kesalahan itu.
- Bagi setiap tuduhan mendera kanak-kanak, dia boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun, didenda sehingga S$8,000 atau kedua-duanya sekali.
Wanita itu yang namanya digugurkan daripada dokumen mahkamah disebabkan oleh perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, dikenakan tiga tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan fizikal yang tidak wajar terhadap kanak-kanak.
Insiden yang didakwa dilakukannya itu berlaku pada hari yang sama iaitu pada 25 Julai 2024, menurut kertas tuduhan.
Pada pagi itu, pada kira-kira pukul 11.55 pagi, wanita itu didakwa menarik lengan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun secara paksa untuk menyuruhnya berdiri.
Dia kemudian melempar kerusi yang diduduki kanak-kanak itu ke arah satu ruang terbuka dalam bilik darjah sebelum menolak kanak-kanak itu sebanyak dua kali dari bahagian belakang, menyebabkan kanak-kanak terjatuh tersungkur ke atas lantai, dakwa kertas tuduhan tersebut.
Dia juga dituduh menarik secara paksa lengan kanak-kanak tersebut apabila mangsa cuba berlalu pergi daripadanya.
Tidak lama selepas itu, dia dipercayai mengarahseorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun supaya berdiri ketika mangsa sedang makan dan dia melempar kerusi yang diduduki mangsa ke arah ruang terbuka di bilik darjah.
Wanita itu kemudian menolak kanak-kanak tersebut di belakang tembok, menurut kertas tuduhan.
Selepas itu, dia didakwa menarik lengan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan menolaknya ke arah sebuah tembok, menyebabkan murid itu tersungkur ke lantai.
Mahkamah mengeluarkan perintah mahkamah bagi melindungi identiti mangsa dan tertuduh daripada dikenal pasti serta lokasi kejadian itu berlaku.
Menurut kertas tuduhan, tertuduh bekerja di sebuah tadika ketika dia melakukan kesalahan itu.
Wanita itu berkata dia berhasrat untuk mengaku bersalah dan tidak akan mendapatkan khidmat peguam.
Tarikh untuk dia mengaku bersalah ditetapkan pada 28 Oktober.
Bagi setiap tuduhan mendera kanak-kanak, dia boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun, didenda sehingga S$8,000 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.