Bekas kakitangan masjid dihukum penjara seleweng lebih S$13,000 pendermaan zakat.
Anggaran Waktu Membaca:
![Bekas kakitangan masjid dihukum penjara seleweng lebih S$13,000 pendermaan zakat. Bekas kakitangan masjid dihukum penjara seleweng lebih S$13,000 pendermaan zakat.](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--4VoeD2RU--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/08/14/whatsapp_image_2024-08-14_at_6.20.38_pm.jpeg?itok=cbiaUKy8)
(Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Seorang lelaki yang bertugas di masjid sebagai amil didapati menyeleweng kutipan zakat untuk kegunaan peribadi.
Muhammad Hafiz Mohd Yusof, 28 tahun, dihukum penjara selama lapan bulan pada Selasa (13 Ogos).
Dia mengaku bersalah ke atas tiga pertuduhan pecah amanah sebagai seorang kakitangan, serta tiga lagi pertuduhan yang turut dipertimbangkan.
Mahkamah diberitahu bahawa Hafiz bekerja sebagai seorang amil di Masjid Al-Istiqamah di Serangoon North Avenue 2.
Pada April 2022, seorang jemaah masjid membayar zakat dan menyerahkan wang tunai S$5,100 kepada Hafiz.
Dia mengeluarkan resit untuk kutipan sebanyak S$5,100 kepada mangsa, namun kemudian membatalkan resit itu dan mendaftar bayaran sebagai S$100.
Baki kutipan zakat itu disimpan untuk kegunaan peribadi.
Hafiz mengulangi perbuatan itu beberapa kali dan menyeleweng kutipan zakat sebanyak S$13,513 bagi kegunaan peribadi.
Perbuatannya terbongkar selepas Majlis Ugama Islam Singapura MUIS mengesan penyelewengan dalam enam resit bayaran yang dibatalkan oleh Hafiz.
Siasatan mendedahkan bahawa kutipan sebenar adalah jauh lebih banyak berbanding jumlah yang tertera pada resit-resit baru yang diberikan oleh Hafiz.
Laporan polis kemudian dibuat terhadap Hafiz.
Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara selama sembilan hingga 12 bulan untuk Hafiz, menyatakan "kesalahan yang berlarutan dan berulang" yang berlaku selama lebih setahun.
Hafiz menyerahkan sebuah surat rayuan mengurangkan hukuman, namun tidak berbicara di mahkamah.
Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Kok Shu-En berkata kepadanya: "Apabila anda berkata anda melakukan ini kerana anda bergelut dengan masalah kewangan dalam hidup anda, dan bahawa anda ingin saya mempertimbangkannya sebagai kesalahan pertama... anda perlu menyedari bahawa kesalahan yang dilakukan adalah serius."
Beliau turut menambah: "Dan saya pasti anda menghargai ini lebih daripada saya, kepentingan wang yang anda ambil. Ini (bukan) hanya pemindahan wang yang dibayar - ini adalah wang zakat. Dan anda tidak hanya mengambil sekali atau dua kali, anda melakukannya berulang kali dalam satu masa."
Dia berkata bahawa dia berharap Hafiz akan melakukan seperti yang dikatakannya dalam rayuan mitigasinya dan berubah.
"Saya sangat berharap anda akan berbuat demikian. Anda masih muda, masih ada jalan yang panjang di hadapan anda," katanya, membenarkan dia menangguhkan hukuman penjara hingga September.
Bagi jenayah pecah amanah sebagai pekerja, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.