Bekas kakitangan Esplanade, Arts House & 3 pengarah syarikat didakwa atas tuduhan rasuah
Anggaran Waktu Membaca:
- Saburulla Abdul Gani, 59 tahun, dituduh menerima rasuah daripada pengarah dua syarikat untuk memajukan kepentingan perniagaan mereka dalam pelbagai kontrak ubah elok dan pemasangan.
- Pengarah syarikat itu, Yeoh Wee Yeong, 63 tahun, dipercayai bersubahat dengan Saburulla dan lima individu lain untuk memperdayakan The Esplanade supaya mempercayai bahawa JYD telah memberikan sebut harga yang paling rendah.
- Saburulla juga dituduh menerima rasuah berjumlah kira-kira S$42,800 daripada dua pengarah Aceproject Construction iaitu Chew Kim Kee, 52 tahun dan Eng Kim Hai 63 tahun.
- "Singapura mengamalkan pendekatan sifar tolak ansur terhadap rasuah," menurut CPIB.
SINGAPURA: Seorang bekas kakitangan Esplanade dan The Arts House didakwa atas tuduhan rasuah pada Jumaat (31 Okt), bersama-sama dengan tiga orang pengarah dan syarikat mereka.
Saburulla Abdul Gani, 59 tahun, dituduh menerima rasuah daripada pengarah dua syarikat untuk memajukan kepentingan perniagaan mereka dalam pelbagai kontrak ubah elok dan pemasangan.
Menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), rasuah yang diperoleh berjumlah lebih S$96,000.
DAKWAAN LIBATKAN JYD DESIGN
Salah satu daripada dua syarikat yang didakwa ialah JYD Design.
Pengarah syarikat itu, Yeoh Wee Yeong, 63 tahun, dipercayai bersubahat dengan Saburulla dan lima individu lain untuk memperdayakan The Esplanade supaya mempercayai bahawa JYD telah memberikan sebut harga yang paling rendah.
"Ini dilakukan dalam bentuk pelbagai sebut harga yang mengandungi kenyataan palsu oleh syarikat-syarikat lain yang sebenarnya tidak mempunyai niat jujur untuk membida kontrak tersebut," menurut CPIB dalam kenyataan medianya.
Kesalahan-kesalahan itu dipercayai dilakukan antara 2009 hingga 2015 dan menyebabkan pelbagai kontrak ubah elok dan binaan diberikan kepada kepada JYD.
Pada 2005, Saburulla dipercayai menerima rasuah sekurang-kurangnya S$1,000 daripada Yeoh sebagai upah supaya jangan mencari kesalahan pada kerja yang dilakukan oleh syarikat itu.
Antara Januari 2011 dan September 2022, Saburulla dipercayai menerima rasuah berjumlah kira-kira S$52,800 daripada Yeoh bagi pelbagai urusan, sebagai ganjaran untuk memajukan kepentingan perniagaan yang berkaitan dengan kontrak ubah elok dan pemasangan antara JYD, Esplanade atau The Arts House.
DAKWAAN LIBATKAN ACEPROJECT CONSTRUCTION
Saburulla juga dituduh menerima rasuah berjumlah kira-kira S$42,800 daripada dua pengarah Aceproject Construction iaitu Chew Kim Kee, 52 tahun dan Eng Kim Hai 63 tahun.
Kesalahan-kesalahan itu dipercayai dilakukan antara 2018 hingga 2022, menurut CPIB, adalah sebagai upah atau ganjaran untuk memajukan kepentingan perniagaan berkaitan dengan kontrak ubah elok antara Aceproject dan The Arts House.
Dalam tempoh yang sama, Saburulla dipercayai bersubahat dengan Chew dan dua individu lain untuk memperdayakann The Arts House agar memberikan pelbagai kontrak binaan atas dasar syarikat itu mempercayai Aceproject memberikan sebut harga yang paling rendah.
Saburulla turut dituduh memperdayakan The Arts House untuk memberikan kontrak kepada JYD dan Aceproject dalam beberapa insiden berasingan antara 2019 dan 2022.
"Singapura mengamalkan pendekatan sifar tolak ansur terhadap rasuah," menurut CPIB. Sesiapa yang disabit kesalahan rasuah boleh didenda sehingga S$100,000, dihukum penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.