Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas juruwang FairPrice dipenjara 8 bulan; perolehi lebih S$41,000 guna butiran kad kredit, debit pelanggan yang dicuri

Seorang juruwang pasar raya memperolehi sejumlah S$41,330 menerusi 1,011 urus niaga tanpa kebenaran dengan menggunakan maklumat yang didapati daripada kad kredit serta debit  pelanggan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas juruwang FairPrice dipenjara 8 bulan; perolehi lebih S$41,000 guna butiran kad kredit, debit pelanggan yang dicuri

Cawangan pasar raya NTUC FairPrice. (Gambar fail: FairPrice)

Diterbitkan : 21 Jul 2020 10:19PM Dikemas Kini : 21 Jul 2020 10:21PM

SINGAPURA: Seorang juruwang pasar raya memperolehi sejumlah S$41,330 menerusi 1,011 urus niaga tanpa kebenaran dengan menggunakan maklumat yang didapati daripada kad kredit serta debit pelanggan.

Pada Selasa (21 Jul), Kas Qiu Caiying, 30 tahun mengaku bersalah atas 11 tuduhan mendapatkan akses tanpa izin pada bahan komputer dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Daerah.

Lagi 24 tuduhan serupa diambil dalam pertimbangan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu wanita itu mula melakukan kesalahannya sekitar Julai 2018 ketika bekerja sebagai juruwang di cawangan FairPrice di Woodlands Avenue.

Apabila pelanggan menyerahkan kad kredit atau debit mereka untuk membuat bayaran, dia akan mencatitkan butirannya pada beg plastik.

Selasai menjalani syifnya, wanita itu akan menyalin butiran yang ditulis tadi ke dalam sebuah buku nota dan membuang beg plastik berkenaan.

Pada Ogos tahun yang sama, semasa bekerja sebagai seorang eksekutif operasi di Rumah Pemulihan Selarang, Qiu berjaya mendapatkan butiran kad pengenalan NRIC salah seorang penghuni menerusi komputer pejabat.

Dia menggunakan maklumat itu dan nombor telefon bimbit tugasan pusat tersebut untuk membuka sebuah akaun pengguna di aplikasi mudah alih EZ-Link, yang dimuat turun ke dalam telefon bimbit peribadinya.

Dengan menggunakan butiran kad kredit dan debit yang dicuri, dan berjaya membuat tokokan kepada beberapa kad transit berjumlah antara S$10 hingga S$100 menerusi akaun pengguna yang dibukanya itu.

Antara Ogos hingga Disember 2018, Qiu menokok nilai ke dalam lebih 500 kad transit sebanyak 1,011 kali dengan menggunakan butiran daripada 34 kad kredit serta debit.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Ben Mathias berkata Qiu kemudian akan meminta bayaran balik wang tunai daripada kad-kad tersebut di pelbagai stesen MRT dan kemudian membuang kad-kad itu.

Secara keseluruhannya, dia berjaya memperolehi sejumlah S$41,330 yang dimasukkan ke dalam akaun banknya.

Peguambela Qiu, Encik Josephus Tan dan Encik Corey Wong dari Invictus Law Corporation, meminta hukuman diringankan dengan berhujah bahawa anak guam mereka melakukan jenayah tersebut atas beberapa masalah profesional dan keluarga.

Menukil laporan psikiatrik Qiu, peguam belanya berkata Qiu dibesarkan dalam "keluarga bermasalah" mengakibatkannya menganggap kehidupan sebagai "tidak adil".

Qiu sudahpun membayar balik hampir kesemua S$41,330.

Bagi setiap tuduhan mengakses bahan komputer tanpa kebenaran, Qiu boleh didenda sehingga S$5,000 atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan