Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas jurutera dijel 33 minggu; rakam lebih 200 bawah skirt wanita

Dia merakam sebanyak 211 video, kebanyakannya bawah skirt wanita, serta dalam bilik salin pakaian di 313@Somerset, Bugis+ dan pusat beli-belah Junction 8.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas jurutera dijel 33 minggu; rakam lebih 200 bawah skirt wanita

Lincoln Tshe Kwok Ming. (Gambar: Najeer Yusof/TODAY)

Diterbitkan : 10 Oct 2019 09:10AM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 09:17AM

SINGAPURA: Dia merakam sebanyak 211 video, kebanyakannya bawah skirt wanita, serta dalam bilik salin pakaian di 313@Somerset, Bugis+ dan pusat beli-belah Junction 8.

Lincoln Tshe Kwok Ming melakukan kesalahan-kesalahan itu selama sekitar dua tahun sejak Februari 2016, sebelum seorang rakan mangsa mendapatinya melakukan kesalahan itu pada November 2017.

Tshe mengaku merakamkan video bawah skirt wanita sejak 2011, menyimpan sebahagian besar video lamanya dalam komputer di bilik stornya dan video yang baru pula disimpan dalam komputer di bilik belajarnya. Dia juga menyimpan rakaman-rakaman baru dalam cakera keras miliknya.

Rakaman video terdahulu tidak dijadikan bahan dakwaan buat masa ini. Juga tidak dijelaskan bagaimana dia merakam para mangsanya dalam bilik salin pakaian.

Penganggur berusia 36 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama 33 minggu - atau sekitar lapan bulan dalam penjara - pada Jumaat (4 Okt). Identiti para mangsanya tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Bekas jurutera itu mengaku bersalah bulan lalu terhadap 10 tuduhan mencabul kehormatan wanita. Lagi 201 tuduhan turut diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Bagi setiap tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, dia boleh dijatuhi hukuman penjara selama setahun, didenda, atau kedua-duannya.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan