Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas jururawat dijel, didenda; berulang kali dera pembantu rumah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita yang kurang senang dengan cara pembantu rumahnya membersihkan rumah, berulang kali mendera mangsa dengan memukulnya. 

Zhao Lin, 35 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda S$1,000 pada Isnin (30 Mei).

Dia mengaku bersalah bulan lalu terhadap empat tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dan satu tuduhan merosakkan telefon bimbit pembantu rumah itu.

Empat lagi tuduhan berkaitan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah mendapati sebelum ini bahawa mangsa, seorang warga Myanmar mula bekerja dengan Zhao pada Februari 2016. Zhao adalah majikan pertama mangsa. 

Pihak pendakwa raya mengusulkan sekurang-kurangnya lima hingga tujuh bulan penjara dan denda kira-kira S$1,000 terhadap pesalah. 

Peguam bela, John Koh, membangkitkan isu kemurungan selepas bersalin Zhao dalam rayuannya walaupun Timbalan Pendakwa Raya, Teo Lu Jia, sudah berhujah bahawa isu itu didapati tidak ada kaitan yang jelas dengan kesalahan yang dilakukan oleh Zhao.

Zhao sebelum ini membayar balik wang pampasan secara sukarela sebanyak S$6,300 kepada mangsa atas kesakitan dan penderitaan yang dialaminya, pendapatan yang sepatutnya beliau perolehi semasa tidak dapat bekerja dan telefon bimbit mangsa yang dirosakkan. 

Sengaja menyebabkan kecederaan membawa hukuman penjara dua tahun serta denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya.

Zhao menerima satu setengah kali hukuman maksimum kerana melakukan jenayah terhadap pembantu rumah yang bekerja dengannya.

Bagi kesalahan melibatkan perbuatan nakal, pesalah boleh dipenjara sehingga setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan