Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas guru pusat prasekolah Kinderland di Woodlands ditawarkan ikat jamin S$15,000

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas guru pusat prasekolah Kinderland di Woodlands ditawarkan ikat jamin S$15,000

Kinderland Preschool @ Woodlands Mart. (Gambar: CNA/Hanidah Amin)

SINGAPURA: Seorang bekas guru pusat prasekolah Kinderland di Woodlands yang dituduh menganiayai seorang kanak-kanak di bawah jagaannya, dihadapkan semula ke mahkamah hari ini.

Pihak pendakwa menawarkan Lin Min ikat jamin S$15,000 untuk dibebaskan dari tahanan.

Dia didakwa secara rasmi pada 30 Ogos dan ditahan di Institut Kesihatan Mental.

Menurut pihak pendakwa, penilaian psikiatrik terhadap wanita 33 tahun itu sudah selesai dilakukan.

Namun Lin Min mungkin dikenakan lebih banyak pertuduhan serupa.

Pihak pendakwa meminta mahkamah menangguhkan kes itu selama empat minggu bagi siasatan diteruskan.

Tindakan Lin di pusat prasekolah itu dirakam video yang kemudian tular.

Ia menujukkan Lin meletakkan tangannya ke atas muka seorang budak perempuan bagi mengelakkan mangsa daripada bergerak.

Lin juga kelihatan menuang air ke dalam mulut mangsa yang sedang menangis.

Butiran mangsa dan lokasi tepat kejadian itu tidak didedahkan kerana arahan mahkamah.

Lin ditahan reman di Institusi Kesihatan Mental (IMH) di mana dia menjalani pemeriksaan psikiatrik.

Lin dijadual kembali ke mahkamah bulan depan.

Mereka yang disabitkan dengan kesalahan menganiayai kanak-kanak boleh dihukum penjara sehingga lapan tahun dan didenda sehingga S$8,000.
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan