Skip to main content

Singapura

Bekas guru prasekolah Kinderland didakwa di mahkamah dera murid di pusat Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang bekas guru prasekolah didakwa di mahkamah pada Rabu (30 Ogos) atas kesalahan mendera seorang kanak-kanak, selepas rakaman video dia berkelakuan kasar tular minggu ini.

Lin Min, 33 tahun, berdepan satu tuduhan menganiaya kanak-kanak atau orang muda. Identiti mangsa tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Hakim Daerah Kow Keng Siong bagaimanapun menolak permohonan peguam supaya perintah mahkamah dilanjutkan untuk melindungi identiti guru tersebut.

Lin, seorang warga Singapura, dituduh menganiaya kanak-kanak berusia 23 bulan itu pada petang 30 Jun di prasekolah Kinderland @ Woodlands Mart.
Lin muncul di mahkamah melalui pautan video dari ibu pejabat Divisyen Polis Woodlands.

Hakim membenarkan permohonan pihak pendakwa supaya dia direman di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Lin akan kembali ke mahkamah pada 13 September.

Jika didapati bersalah di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda, Lin boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lapan tahun atau didenda sehingga S$8,000, atau kedua-duanya sekali.
Prasekolah Kinderland Woodlands Mart terletak dalam kawasan undi Sembawang West, yang Anggota Parlimennya ialah Cik Poh Li San. Cik Poh menulis dalam satu catatan Facebook bahawa beliau sedang membantu ibu bapa dan kanak-kanak yang terkesan.
Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) menambah bahawa ia sudah mengarahkan Kinderland supaya "menyediakan bimbingan dan sokongan rapat kepada guru-guru dalam pengurusan bilik darjah, untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di sekolah."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita