Bekas guru prasekolah didakwa dera kanak-kanak 2 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Wu Jiaying, 31 tahun, di Mahkamah Negara pada 1 Julai 2024.
SINGAPURA: Seorang bekas guru prasekolah didakwa pada Rabu (22 Okt) atas satu tuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun pada 2022.
Wu Jiaying, seorang rakyat China berusia 32 tahun, didapati bersalah meletakkan kanak-kanak itu di atas lantai dan kerusi secara paksa, mengangkat mangsa menerusi lengannya dan menariknya di bilik darjah, serta menggoncangkan kanak-kanak itu secara kasar.
Wanita itu mempertikaikan tuduhan itu, sebaliknya dia hanya mahu mengawal situasi dan menenangkan kanak-kanak itu.
Dia juga berhujah bahawa dia mengalami gangguan kemurungan yang teruk, kerana dia tertekan oleh beban tugas yang berat dan tidak dilatih untuk mengendalikan seorang kanak-kanak yang mungkin berkeperluan khas atau mempunyai perkembangan yang lambat.
Wu juga berhujah bahawa sekolah itu - yang tidak boleh didedahkan namanya atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa- tidak mengambil serius maklum balas yang diberikan mengenai kondisi yang disyaki pada kanak-kanak itu.
Mahkamah menolak hujahannya dan mendapati pihak pendakwa membuktikan tuduhan tersebut melampaui keraguan munasabah.
Timbalan Hakim Daerah Utama Ong Chin Rhu juga berkata tidak dapat dipertikaikan bahawa Wu adalah salah seorang daripada dua guru yang ditugaskan untuk mengajar kelas itu pada masa itu.
Pihak pendakwa menyatakan Wu melakukan perbuatan itu secara sedar dan sengaja, menyebabkan kesakitan fizikal yang tidak perlu terhadap kanak-kanak itu.
Semasa perbicaraan, Wu pada mulanya kelihatan tidak bersetuju bahawa kanak-kanak itu berada di bawah jagaannya, dan sebaliknya berkata kanak-kanak itu berada di bawah jagaan sekolah.
Dia juga menjelaskan sebab bagi setiap tindakan yang dilakukan, sambil berkata dia meletakkan kanak-kanak itu di atas kerusi untuk menenangkannya supaya dia boleh menyertai kanak-kanak lain.
Dia juga berkata dia menarik lengan kanak-kanak itu di dalam bilik darjah untuk menenangkannya dan membawanya ke tempat selamat, dan dia menggoncangkan tubuh kanak-kanak itu memindahkannya daripada sebuah kabinet atau kotak di belakangnya dan supaya kanak-kanak itu mendengar katanya dan berdiam.
Hakim Ong bagaimanapun berkata laporan psikiatri yang dikemukakan oleh Wu "kurang" bukti sokongan dan penjelasan tentang bagaimana dia raih kesimpulannya.
Ini termasuk kondisi Wu yang didakwa mempunyai kaitan dengan kesalahan yang dilakukan.
Hakim Ong berkata Wu juga cuba merendah-rendahkan tahap serius perbuatannya, termasuk kekerasan yang digunakan terhadap kanak-kanak itu.
Ini dilakukan dengan menyifatkan perbuatannya sebagai "tidak sesuai" bahawa perbuatannya kelihatan "ditokok tambah" dan dia "tidak cukup lembut".
Wu juga menarik perhatian kepada kurang bukti perubatan yang mengaitkannya perbuatannya dengan sebarang kecederaan dan kurang keterangan langsung daripada kanak-kanak itu apabila berhujah bahawa tindakannya tidak menyebabkan sebarang kesakitan atau bahaya kepada kanak-kanak itu.
Penjatuhan hukuman dan mitigasi kes ditangguh ke tarikh yang akan datang.
Atas kesalahan mendera kanak-kanak, Wu boleh dipenjara sehingga lapan tahun, didenda sehingga S$8,000, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.