Bekas guru pernah dipenjara kerana kesalahan intai tarik balik permohonan jadi peguam selepas terima bantahan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Mediacorp.
SINGAPURA: Seorang bekas guru yang merakam mangsanya sedang membuang air kecil di tandas - termasuk rakan sekerja lelakinya dan seorang pelajar berusia 16 tahun - dijatuhi hukuman penjara. Selepas dibebaskan, dia membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang.
Pada Mei 2023, Encik Mohamad Shafee Khamis, 50 tahun, memohon untuk diterima masuk sebagai peguam. Bagaimanapun, permohonannya mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) dan Institut Singapura Pendidikan Undang-undang (SILE).
Encik Mohamad Shafee kemudiannya menarik balik permohonannya, dengan mahkamah membenarkannya dan mengenakan tempoh pengecualian minimum dua tahun. Ini bermakna dia tidak boleh memohon untuk menjadi peguam dalam tempoh masa itu.
Menurut penghakiman yang diumumkan pada Isnin (28 Okt), Hakim Besar Sundaresh Menon berkata kes itu adalah yang pertama di mana seseorang yang memohon untuk menjadi peguam telah disabitkan kesalahan seksual yang serius dan menjalani hukuman.
"Pada satu sudut, ini mungkin menunjukkan bahawa dia telah pulih, dan bersedia untuk kembali ke pangkuan masyarakat," kata Hakim Besar.
Bagaimanapun, beliau berkata adalah perlu untuk mempertimbangkan sama ada menerimanya pada masa ini "memberi risiko sebenar menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap kerjaya undang-undang dan pentadbiran keadilan", dan sama ada lebih banyak masa diperlukan "untuk mahkamah dan pihak berkepentingan perlu diyakinkan bahawa dia adalah orang yang sesuai untuk diterima masuk ke dalam kerjaya itu".
RENTETAN KES
Encik Mohamad Shafee adalah seorang guru di sebuah sekolah yang tidak dinamakan di Singapura sehingga April 2018, apabila beliau meletakkan jawatan.
Dia kemudiannya mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan, dengan enam pertuduhan lagi diambil kira, dan dijatuhi hukuman penjara 10 minggu dan denda S$2,000 pada Mac 2022.
Dia telah merakam seorang pegawai polis lelaki berusia 31 tahun mandi di dalam tandas rumah kelab kondominiumnya, seorang guru lelaki berusia 51 tahun membuang air kencing di sekolah yang mereka berdua adalah guru mengajar, dan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun, juga di dalam tandas.
Dia juga merakam seorang pelajar menukar pakaian di tandas sekolah, dan mempunyai 128 filem lucah.
Encik Mohamad Shafee diterima sebagai mengalami pelbagai keadaan psikiatri pada masa kesalahan itu dilakukan, termasuk kemurungan teruk dan penyakit intip (voyeuristik).
Dia tidak merayu terhadap keputusan itu, tetapi menjalani hukumannya dari 19 April hingga 4 Jun pada 2022.
Dari Julai 2019 hingga Jun 2022, Encik Mohamad Shafee mendaftar dalam program Doktor Juris (JD) di Universiti Pengurusan Singapura dan lulus dengan JD (Merit Tinggi).
Dari Januari hingga Julai pada 2023, beliau telah menjalani dan menamatkan latihan amalinya dengan syarikat guaman Vanila Law, dengan Encik Goh Aik Leng sebagai peguam cara penyelianya.
Dia kemudiannya memohon untuk diterima masuk ke Badan Peguam, tetapi AGC, LawSoc dan SILE membangkitkan bantahan, dengan merujuk pada kekurangan pada dirinya
Ketiga-tiga pihak berkepentingan itu juga bertanya Encik Mohamad Shafee beberapa soalan, seperti sama ada beliau telah mendedahkan kesalahannya kepada Kementerian Pendidikan (MOE) dan sama ada MOE telah mengambil sebarang tindakan disiplin terhadapnya.
Encik Mohamad Shafee berkata bahawa MOE tidak mengambil sebarang tindakan disiplin dan beliau tidak mendedahkan kesalahan tersebut kepada MOE atau mana-mana kakitangan lain di sekolah.
Menjawab soalan lain, Encik Mohamad Shafee berkata beliau tidak mendedahkan kesalahan itu kepada SMU, kerana tidak terfikir dia diwajibkan berbuat demikian.
Menurutnya dia telah mendedahkan kesalahan itu kepada orang yang dirujukkan untuk mengesahkan perwatakannya, tetapi bukan peguam cara penyelianya.
Jelasnya, firma itu tidak bertanya sama ada dia mempunyai sebarang rekod jenayah.
Selepas menyemak jawapannya, AGC menulis surat kepada Encik Mohamad Shafee untuk menyatakan bahawa kesalahannya "dengan jelas (menunjukkan) kurangnya kejujuran, integriti dan kebolehpercayaan" dan ia akan membantah permohonannya dipanggil ke Bar untuk menjadi peguam.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.