Bekas guru MOE yang ditahan di bawah ISA kerana kesalahan pengganasan dibebaskan daripada tahanan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Raydza Rahman)
SINGAPURA: Seorang bekas guru Kementerian Pendidikan (MOE) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kesalahan pengganasan telah dibebaskan daripada tahanan.
Mohamed Khairul Riduan Mohamed Sarip, 40 tahun, dibebaskan atas perintah sekatan pada November 2024, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) pada Khamis (9 Jan).
Dia menjadi radikal sendiri dan ditangkap pada Oktober 2022 di bawah ISA kerana merancang untuk pergi ke Gaza dan menyertai Hamas serta sayap tenteranya Briged Al-Qassam (AQB) untuk memerangi Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
ISD pada Khamis berkata bahawa Khairul telah "menunjukkan kemajuan yang baik semasa menjalani pemulihan dan dinilai tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan yang memerlukannya ditahan".
ISD juga mengumumkan bahawa perintah sekatan terhadap tiga lagi warga Singapura telah dibenarkan luput apabila tamat tempoh kerana menunjukkan kemajuan baik semasa menjalani pemulihan mereka.
Seseorang yang dikenakan perintah sekatan mesti mematuhi beberapa syarat. Contohnya, mereka tidak boleh mengakses internet atau media sosial, mengeluarkan kenyataan awam, bercakap dalam mesyuarat awam atau menjadi ahli mana-mana organisasi, persatuan atau kumpulan tanpa kelulusan daripada pengarah ISD.
Mereka juga tidak boleh mencetak, mengedar atau menyumbang kepada mana-mana penerbitan.
Seseorang yang mendapat perintah sekatan tidak dibenarkan menukar tempat tinggal atau pekerjaan mereka, dan tidak boleh meninggalkan Singapura tanpa kelulusan pengarah ISD.
DIBEBASKAN DARI TAHANAN
Khairul merupakan penjawat awam pertama di Singapura yang ditangkap di bawah ISA kerana kesalahan pengganasan. Dia semakin berminat dalam konflik Israel-Palestin, dan membuat rancangan untuk pergi ke wilayah Palestin untuk melakukan keganasan bersenjata.
Minatnya dalam konflik itu bermula pada 2007 selepas menonton video di Facebook mengenai "tindakan pencerobohan Israel yang dikatakan dilakukan terhadap rakyat Palestin".
Dia semakin yakin tentang keperluan untuk melibatkan diri dalam tindakan bersenjata Palestin selepas menonton video oleh pendakwah asing radikal, kata ISD.
Khairul mula mempertimbangkan untuk pergi ke Gaza pada 2012 selepas terjumpa poster di Facebook yang menunjukkan Hamas dan AQB sedang merekrut sukarelawan.
Walaupun dia tidak meneruskan niatnya pada 2012, dia berasa terdorong untuk berbuat demikian sekali lagi pada 2014 dan 2021 apabila konflik semakin memuncak. Dia tidak berbuat demikian dalam dua tahun itu kerana sekatan perjalanan.
Bagaimanapun, dia terus menyimpan harapan untuk pergi ke Gaza.
"Dia sanggup mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Hamas, termasuk pertempuran bersenjata, penculikan, dan juga hukuman mati kepada tawanan perang," kata ISD, sambil menambah bahawa Khairul mempertimbangkan untuk menjadi jurucakap dan perekrut antarabangsa untuk kumpulan itu.
Dia ditangkap di bawah ISA pada Oktober 2022 dan dikenakan perintah tahanan pada bulan berikutnya.

PERINTAH SEKATAN LUPUT
Perintah sekatan bagi tiga warga Singapura dibenarkan luput ialah Mohamed Hussain Saynudin, Abdul Basheer Abdul Kader dan Murad Mohamed Said.
Hussain, 51 tahun, adalah bekas anggota rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) Singapura dan telah menjalani latihan pengganas bersama kumpulan militan Lashker-e-Tayyiba di Pakistan.
Dia meninggalkan Singapura sebelum operasi keselamatan dilancarkan terhadap rangkaian JI pada Disember 2001 dan tinggal di luar negara untuk mengelakkan diberkas pihak berkuasa. Dia ditangkap dan ditahan di bawah ISA pada Februari 2007.
Hussain dibebaskan atas perintah sekatan pada Februari 2013 dan ia dibenarkan luput pada November tahun lepas, kata ISD pada Khamis.
Abdul Basheer adalah individu yang menjadi radikal sendiri dan yang pertama kali ditahan pada 2007.
Menurut kenyataan media Kementerian Dalam Negeri (MHA) pada 2007, dia telah membuat rancangan khusus untuk meneruskan jihad militan di Afghanistan.
Rancangan ini semakin diatur apabila dia semakin terpengaruh dengan propaganda pelampau yang dibacanya secara online.
Ketika ditahan, dia telah membeli tiket penerbangan ke Pakistan di mana dia berhasrat untuk berlatih di bawah Lashker-e-Tayyiba sebelum menyeberang ke Afghanistan untuk berperang bersama Taliban.
Abdul Basheer pertama kali dibebaskan pada Februari 2010. Dia ditahan sekali lagi pada Oktober 2012 selepas meninjau semula rancangannya untuk terlibat dalam keganasan bersenjata di luar negara.
Pada Februari 2016, dia dibebaskan daripada tahanan dan perintah sekatannya dibenarkan untuk luput pada Oktober 2024.
Murad, 52 tahun,dikenakan perintah sekatan pada Disember 2018.
Bekas guru agama bebas itu menyebarkan kepercayaan "menggalakkan keganasan dan pandangan yang memudaratkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura", kata ISD.
Dia mengajar bahawa adalah wajib untuk membunuh orang yang murtad, yang ditakrifkan secara luas termasuk orang-orang yang bukan Islam, Sufi, Syiah, dan Muslim yang telah meninggalkan Islam atau mengabaikan nas dan ketetapan daripada Al-Quran dan Sunnah.
Beliau juga menggalakkan pelajarnya untuk keluar daripada masyarakat sekular Singapura, mengabaikan undang-undang sekular dan sebaliknya mematuhi ketetapan undang-undang Syariah.
Pentauliahan Murad di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah telah dibatalkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura pada Mei 2018. Bagaimanapun, dia terus menggalakkan pandangan berpecah belah secara onine
Perintah sekatannya dibenarkan luput pada Disember tahun lalu.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.