Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas guru matematik dihukum penjara 5 tahun; hubungan seksual dengan pelajar 14 tahun

Seorang guru Matematik berusia 26 tahun meminta pelajar asing yang berusia 14 tahun untuk menjadi teman wanitanya dan dia kemudian memulakan hubungan seksual dengan pelajar berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang guru Matematik berusia 26 tahun meminta pelajar asing yang berusia 14 tahun untuk menjadi teman wanitanya dan dia kemudian memulakan hubungan seksual dengan pelajar berkenaan.

Ini termasuk melakukan pelbagai kesalahan seks sepanjang tempoh hubungan tersebut.

Dia juga memberitahu mangsa bahawa ia adalah satu "perkara biasa" untuk pasangan mengadakan hubungan seks dan memberitahunya supaya jangan memberitahu sesiapa pun mengenai hubungan mereka kerana ia akan menjejas nama baik mangsa dan menjadi 'buruk' bagi mangsa jika ibu bapanya mendapat tahu tentang hubungan mereka.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh guru itu terbongkar apabila mangsa pulang ke negara asalnya untuk menyambut hari lahirnya yang ke-15 dan memberitahu ibunya apa yang telah berlaku.

Pesalah, yang kini berusia 29 tahun, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun pada Isnin (5 Sep).

Dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur dan dua lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Nama mangsa, pesalah dan sekolah mangsa tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah bagi melindungi identiti mangsa.

Mahkamah diberitahu bahawa pesalah, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura, adalah seorang guru di sekolah tersebut antara Januari 2019 dengan Jun 2019.

Mangsa tiba di Singapura pada Februari 2019 dan mula belajar di sekolah itu sebulan kemudian.
Sumber : CNA/HY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan