Bekas guru Kinderland Woodlands diharamkan kerja dalam sektor prasekolah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Hanidah Amin)
SINGAPURA: Bekas guru Kinderland yang didakwa di mahkamah pada Rabu (30 Ogos) atas kesalahan menganiaya seorang kanak-kanak dilarang bekerja dalam sektor prasekolah dan diberikan amaran.
Demikian menurut Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).
Lin Min, 33 tahun, dituduh menganiaya seorang kanak-kanak berusia 23 bulan pada petang 30 Jun di Prasekolah Kinderland di Woodlands Mart.
Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa dia dipercayai memaksa murid perempuan itu baring dan menuang air ke dalam mulut kanak-kanak itu.
Dia sudah dipecat daripada sekolah tersebut.

Menurut ECDA ia memulakan siasatan pada 10 Ogos setelah dimaklumkan mengenai insiden itu oleh seorang bekas pekerja.
"Sejak itu, kami sudah mengenal pasti guru yang terlibat dalam insiden tersebut, yang menggunakan cara amat tidak sesuai untuk menguruskan kanak-kanak di bawah jagaannya," menurut ECDA.
Ia menambah pihaknya juga sedang menyiasat peranan ketua pusat dan pengendali prasekolah dalam insiden tersebut dan mungkin mengambil tindakan lanjut jika mereka "dipercayai tidak menjalankan tugas dengan baik untuk menjaga kanak-kanak".
ECDA sedang memantau rapi prasekolah itu demi memastikan keselamatan dan kebajikan semua murid. Pengendali prasekolah itu juga sudah diarahkan supaya menyediakan panduan dan penyeliaan rapi kepada guru-guru mereka dalam pengurusan bilik darjah di prasekolah tersebut," tambah ECDA.

Lin adalah yang pertama daripada dua guru yang diberkas minggu ini. Seorang lagi guru ditangkap pada Selasa (29 Ogos), berkait dakwaan menganiaya seorang kanak-kanak di pusat Kinderland di Sunshine Plaza di Choa Chu Kang.
Menurut ECDA ia dimaklumkan tentang insiden kedua pada Selasa dan sedang menjalankan siasatan.
"Kami maklum bahawa insiden sedemikian mencetuskan kebimbangan mendalam ibu bapa tentang keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di prasekolah kami," menurut agensi itu.
"ECDA akan terus bekerjasama dengan pengendali prasekolah dan melatih penyedia khidmat untuk memastikan pemimpin pusat serta para guru memahami tugas mereka menjaga kanak-kanak dan melakukan yang terbaik untuk mencegah insiden salah pengurusan daripada berlaku," tambahnya.

ECDA menekankan bahawa ia memandang serius sebarang kes salah pengurusan kanak-kanak dan membuat siasatan susulan ke atas setiap insiden, seperti melakukan lawatan mengejut ke prasekolah, temu bual dan pengesahan rekod.
HUKUMAN DERA DILARANG
Terdapat peraturan jelas dalam Akta dan Peraturan Pusat Pembangunan Awal Kanak-Kanak yang melarang sebarang jenis hukuman dera atau mana-mana amalan pengurusan kanak-kanak yang tidak sesuai di prasekolah.
Agensi itu mengambil tindakan terhadap para guru atau pengendali prasekolah apabila mereka didapati bersalah tidak menjalankan tugas menjaga kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Bagi para guru, ECDA akan memberikan amaran kepada mereka yang menggunakan amalan pengurusan yang tidak sesuai ke atas kanak-kanak.
Bagi kes-kes serius, di mana terdapat niat jelas untuk membahayakan kanak-kanak, kes akan dirujuk kepada polis.
Mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan serius menganiaya kanak-kanak akan dilarang daripada bekerja dalam sektor prasekolah.
ECDA akan mengambil tindakan kawal selia terhadap pengendali prasekolah jika mereka tidak mengambil langkah-langkah mencukupi untuk memastikan para guru mereka menggunakan "kaedah positif dan sesuai mengikut perkembangan usia untuk menguruskan kelakuan kanak-kanak".
ECDA juga mungkin mengenakan denda terhadap pengendali, menyingkatkan tempoh lesen prasekolah atau menarik balik lesen.
Ia juga boleh mengeluarkan arahan kepada prasekolah supaya melaksanakan langkah-langkah untuk mempertingkat amalan-amalan dan prosesnya.
"Kebanyakan pendidik menyertai sektor ini dengan kesungguhan untuk mendidik kanak-kanak kecil dan membawa impak positif dalam kehidupan mereka," menurut ECDA.
"Kami menggesa ibu bapa supaya terus menyokong mereka sedang mereka bekerja keras untuk menjaga dan mendidik anak-anak kita."

Sumber : CNA/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.