Bekas guru dipenjara 13 bulan kerana muat turun pornografi kanak-kanak, halang proses keadilan
Anggaran Waktu Membaca:

Eugene Quake di Mahkamah Negara pada 15 Ogos 2024. (Gambar: Marcus Mark Ramos/CNA)
SINGAPURA: Seorang bekas guru dihukum penjara 13 bulan pada Khamis (15 Ogos) kerana memiliki bahan penderaan kanak-kanak dan enggan memberikan kata kunci bagi beberapa perantinya kepada pihak polis.
Eugene Quake, seorang rakyat Singapura berusia 40 tahun, mengaku bersalah atas setiap satu tuduhan bagi kesalahan memiliki bahan penderaan kanak-kanak dan menghalang proses keadilan.
Lagi satu tuduhan memiliki dan membuat filem lucah diambil kira ketika hukuman dijatuhkan.
Seorang jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa Quake sudahpun digantung daripada tugasnya sejak Mac tahun lalu dan tidak lagi mengajar di mana-mana sekolah di sini.
Mahkamah diberitahu bahawa Quake memuat turun aplikasi mesej Telegram pada tahun 2020 dan menyedari terdapat banyak kumpulan sembang yang mengongsi pornografi homoseksual.
Dia menyertai sebilangan daripadanya memandangkan dia mempunyai kecenderungan kepada bahan sedemikian, tetapi sesetengah anggota kumpulan sembang juga mengongsi bahan penderaan kanak-kanak pada beberapa ketika.
Quake mengatakan dia sebelum ini pernah menonton video-video daripada kumpulan sembang itu yang menunjukkan orang dewasa merogol bayi.
Quake menetapkan 'setting' Telegramnya kepada "auto download", supaya video tersebut akan dimuat turun pada telefon bimbitnya sejurus selepas dia menontonnya.
Dia juga mencari kandungan pornografi online dengan menggunakan kata carian seperti "boys" (lelaki).
Pada 15 Mac 2023, Pasukan Polis Singapura (SPF) menggeledah unit kondominium Quake selepas mendapat maklumat.
Mereka memberkas Quake dan merampas dua telefon bimbit, sebuah komputer riba dan pemacu mudah alih.
Quake menyediakan kata kunci bagi hanya salah satu daripada telefon bimbitnya, sebuah iPhone berwarna hitam. Cakera keras itu tidak disulitkan, dan polis menemui 10 keping gambar yang mengandungi bahan penderaan kanak-kanak.
Budak lelaki paling muda yang terpapar dalam gambar tersebut difahamkan berusia di bawah 10 tahun, menurut kertas mahkamah.
Quake mengaku menggunakan telefonnya yang lain - iPhone berwarna putih, yang merupakan peranti utamanya - dan komputer ribanya, sebuah MacBook, untuk menonton pornografi.
Pihak polis mahu menyemak semula bahan-bahan tersebut pada dua peranti itu, memandangkan mereka percaya terdapat lebih banyak bahan penderaan kanak-kanak di dalamnya.
Quake bagaimanapun enggan mendedahkan kata kunci bagi iPhone berwarna putih dan komputer riba tersebut. Ini sekalipun selepas pihak polis memberikan notis untuk memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan serta memberi amaran bahawa ia dianggap sebagai satu kesalahan jika dia gagal mematuhinya.
Disebabkan Quake enggan mematuhi, pihak polis tidak dapat mengakses dua peranti tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.