Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas guru dijel, didenda; rakam video murid, rakan sekerja dan pegawai polis dalam tandas

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang bekas guru sekolah menengah dikenakan hukuman penjara selama 10 minggu dan didenda S$2,000 hari ini (23 Mac) kerana merakam video murid-murid dan rakan-rakan sekerja lelaki di tandas sekolah secara senyap. 

Pesalah berusia 49 tahun itu diberkas setelah merakam seorang pegawai polis yang tidak berbaju semasa di tandas rumah kelab sebuah kondominium. 

Dia mengaku bersalah bulan lalu atas empat tuduhan melakukan gangguan awam dengan merakam mangsa-mangsa dan membuat filem lucah. 

Lagi enam tuduhan diambil kira sewaktu menjatuhkan hukuman. 

Identiti mangsa serta nama dan sekolah pesalah tidak boleh diterbitkan atas arahan mahkamah. 

Hakim Daerah Melissa Tan berkata walaupun kemurungan berlarutan yang dialami pesalah menyumbang kepada kegiatan lucahnya, ia tidak ketara.  

Beliau mempertimbangkan faktor-faktor lain seperti kelakuan pesalah menunjukkan ia dilakukan dengan sengaja, mangsa-mangsa tidak tahu mereka dirakam dan risiko pengedaran video-video yang dirakam menerusi telefon bimbit tersebut. 

Terdapat juga unsur penyalahgunaan amanah di mana mangsa-mangsa merupakan pelajar sekolah berkenaan, kata hakim. 

Polis menemui sebanyak 128 filem lucah yang dirakam pesalah antara Februari 2017 dengan April 2018 dalam telefon bimbit dan komputer riba yang dirampas. Ini termasuk video-video yang dirakam pesalah semasa berdiri bersebelahan mangsa-mangsa di tempat membuang air. 

Sekurang-kurangnya tiga daripada video tersebut menunjukkan guru-guru menggunakan tandas sekolah dan sekurang-kurangnya dua lagi adalah murid-murid yang menggunakan tandas sekolah. Lagi 46 dirakam dalam tandas rumah kelab sebuah kondominium. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan