Skip to main content

Singapura

Bekas guru dijel 16 bulan atas perbuatan tidak senonoh dengan pelajar 15 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas guru dijel 16 bulan atas perbuatan tidak senonoh dengan pelajar 15 tahun

Gambar hiasan seseorang digari.

Diterbitkan : 18 Jan 2022 09:06PM Dikemas Kini : 18 Jan 2022 10:59PM

SINGAPURA: Seorang guru pelatih yang dikerahkan ke sebuah sekolah sebagai sebahagian daripada program latihannya bersama dengan Institut Pendidikan Nasional (NIE) menjalin hubungan asmara dengan seorang pelajar 10 tahun lebih muda daripadanya.

Dia kemudian menjadi guru tuisyen pelajar perempuan berusia 15 tahun itu dan pelajar tersebut mula menyelinap keluar dari rumahnya pada waktu malam untuk tinggal bersamanya beberapa kali seminggu.

Lelaki berusia 27 tahun itu yang sudah kehilangan prospek untuk menjadi seorang guru dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan pada Selasa (18 Jan).

Dia mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas budak bawah umur dan dua lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman. Identiti tertuduh dan mangsa tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah.

Mahkamah diberitahu bahawa antara Februari 2019 dengan November 2019, dia dikerahkan ke sebuah sekolah yang tidak dinyatakan.

Mangsa, yang berusia 15 tahun ketika itu, merupakan salah seorang pelajar di dalam kelasnya. Mangsa dan rakan-rakan sekolahnya telah meminta bantuan tertuduh bagi subjek tertentu.

Tertuduh mula menghantar mesej kepada mangsa yang akan menceritakan kepadanya tentang masalahnya dan meminta nasihatnya.

Pada hujung November 2019, mangsa meminta izin ibu bapanya untuk mendapatkan khidmat tertuduh sebagai guru tuisyen. Pada masa itu, lelaki tersebut sudahpun menamatkan program latihannya.

Dia mula menawarkan tuisyen kepada mangsa setiap minggu - pada awalnya di rumah mangsa dan kemudian di rumahnya sendiri.

Antara Disember 2019 dengan Januari 2020, mangsa mula menyelinap keluar dari rumahnya sebanyak tiga hingga empat kali seminggu sehingga larut malam untuk meluangkan masa bersama tertuduh.

Mereka akan menonton filem, berbual-bual dan tidur di bilik tidur tertuduh. Dan sekurang-kurangnya 10 kali, mereka akan melakukan aktiviti-aktiviti intim seksual seperti bercium.

GURU MAINKAN PERANAN SANGAT PENTING: PENDAKWA RAYA

Pendakwa raya mengusulkan hukuman penjara selama sekurang-kurangnya 16 bulan sambil menekankan: "Perlu ditegaskan bahawa guru memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat untuk membentuk minda pelajar dan masa hadapan mereka. Kewibawaan seorang guru dan amanah yang diberikan kepada guru khususnya interaksi mereka dengan pelajar adalah satu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan," kata pendakwa.

Atas kesalahan melakukan perbuatan tidak senonoh ke atas budak bawah umur, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali sebagai pesalah kali pertama.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita