Bekas ejen hartanah didakwa urus bayaran sewa HDB bagi pihak tuan rumah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Seorang bekas ejen hartanah didakwa di mahkamah pada Rabu (26 Okt) atas tuduhan menguruskan bayaran sewa bagi pihak tuan rumah.
Koh Hong Kim, 43 tahun dikenakan enam tuduhan melanggar Peraturan Ejen Hartanah (Tugas Ejensi Hartanah) dengan mengendalikan urus niaga wang bagi pihak tuan rumah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Stirling Road.
Menurut kertas tuduhan, Koh menerima bayaran sewa sebanyak S$9,300 melalui pindaan bank daripada penyewa flat itu antara Ogos 2021 dengan Disember 2021.
Dia didakwa berbuat demikian bagi pihak tuan rumah.
Koh tidak lagi disenaraikan sebagai ejen hartanah di laman web Majlis Agensi Hartanah (CEA).
Koh berkata dia berhasrat untuk mengaku bersalah dan tidak bercadang mendapatkan peguam bela.
Pihak pendakwa merancang untuk menuntut denda antara S$7,200 dengan S$7,500 bagi setiap tuduhan berdasarkan kes lalu.
Menurut Peraturan Ejen Hartanah (Tugas Agensi Hartanah), ejen hartanah atau jurujual tidak dibenarkan memegang atau mengendalikan sebarang urus niaga bagi mana-mana pihak berhubung dengan sewa hartanah HDB.
Hukuman bagi melanggar peraturan tersebut adalah tempoh penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga S$10,000 bagi pesalah kali pertama.
Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$500 bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan selepas sabitan bersalah.
Ho dijangka mengaku bersalah pada Disember.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.