Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas CEO Pokka International, 2 pengarah Kimly didakwa atas kesalahan percanggahan kepentingan

Bekas ketua eksekutif Pokka International dan dua pengarah pengendali kedai kopi Kimly didakwa di mahkamah hari ini (12 Nov) atas kesalahan percanggahan kepentingan, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas CEO Pokka International, 2 pengarah Kimly didakwa atas kesalahan percanggahan kepentingan

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 12 Nov 2021 01:50PM Dikemas Kini : 12 Nov 2021 01:55PM

SINGAPURA: Bekas ketua eksekutif Pokka International dan dua pengarah pengendali kedai kopi Kimly didakwa di mahkamah hari ini (12 Nov) atas kesalahan percanggahan kepentingan, menurut polis dalam satu kenyataan media.

Bekas CEO Pokka International Ong Eng Sing, 46 tahun didakwa atas tiga tuduhan gagal mendedahkan kepentingan tidak secara langsung dalam satu urus niaga bersama Pokka International.

Chia Cher Khiang dan Lim Hee Kiat masing-masing didakwa atas satu tuduhan gagal memaklumkan Bursa Singapura (SGX) tentang pemerolehan syarikat minuman Asian Story Corporation (ASC) oleh Kimly, yang diumumkan pada 2 Julai 2018.

Pemerolehan itu dipercayai adalah urus niaga antara entiti berisiko dengan yang berkepentingan, yang seharusnya didedahkan di bawah Peraturan Catalist SGX namun ia tidak didedahkan, menurut polis.

Lim, yang merupakan pengerusi eksekutif Kimly, dikenakan satu lagi tuduhan kerana gagal mendedahkan kepentingan secara tidak langsung dalam pemerolehan itu.

Menurut dokumen-dokumen mahkamah, Lim mempunyai separa pemilikan bermanfaat ke atas ASC.

Chia diberikan ikat jamin S$50,000 manakala Lim diberikan ikat jamin S$70,000.

Ia didakwa bahawa Ong, yang merupakan pengarah di Pokka International dan Pokka Corporation (Singapore), mempunyai pemilikan bermanfaat separa ke atas ASC.

Ong didakwa gagal mendedahkan kepada kepentingannya kepada Pokka International dan Pokka Corporation sebanyak tiga kali apabila ASC mengadakan urus niaga dengan dua entiti Pokka.

Menurut dokumen mahkamah, dia gagal mendedahkan kepentingannya sekitar tahun 2010, semasa satu perjanjian pengagihan antara Pokka International dengan ASC.

Ong juga dipercayai gagal mendedahkan kepentingannya dalam satu perjanjian pengeluaran antara kedua-dua syarikat yang bertarikh 1 Ogos 2016.

Antara November dengan Disember 2017, kedua-dua syarikat itu bersetuju dengan rangka kerja pengagihan di mana ASC akan membekalkan produk Etika kepada Pokka International. Pokka International kemudian akan mengagihkan produk-produk itu dalam saluran perdagangan am di Singapura.

Bekas CEO itu gagal mendedahkan bahawa ASC merupakan syarikat yang mana dia mempunyai separa pemilikan bermanfaat, menurut dokumen mahkamah.

Atas kesalahan gagal mendedahkan bahawa pemerolehan itu merupakan urus niaga antara entiti berisiko dengan individu yang berminat, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda sehingga S$250,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan gagal mendedahkan kepentingan mereka kepada sesebuah syarikat, para pesalah boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan atau denda sehingga S$5,000.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan