Skip to main content

Singapura

Bekas CEO Family Dental Centre Nurul Aizat Zainudin didenda S$15,000; sogok S$50 cuba dapatkan rujukan pesakit

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Family Dental Centre (FDC) didenda S$15,000 hari ini (16 Okt) kerana cuba menyogok seorang penolong pergigian dari sebuah klinik pergigian yang lain untuk memperolehi rujukan pesakit, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan media.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas CEO Family Dental Centre Nurul Aizat Zainudin didenda S$15,000; sogok S$50 cuba dapatkan rujukan pesakit

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 16 Oct 2018 02:12PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 02:13PM

SINGAPURA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Family Dental Centre (FDC) didenda S$15,000 hari ini (16 Okt) kerana cuba menyogok seorang penolong pergigian dari sebuah klinik pergigian yang lain untuk memperolehi rujukan pesakit, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dalam satu kenyataan media.

Nurul Aizat Zainudin, 32 tahun, didakwa pada 26 September atas satu tuduhan rasuah kerana memberikan S$50 kepada seorang penolong pergigian dari T32 Dental bagi setiap pesakit yang dirujuk dari T32 kepada FDC.

Aizat melakukan kesalahan itu pada 28 Mei tahun lalu apabila dia mengirimkan mesej kepada penolong pergigian berkenaan, Syakirah Atiqah Samsul Bahar, dan cuba memberikan wang sogokan itu.

Syakirah menolak sogokan itu dan perkara tersebut kemudian dilaporkan kepada CPIB.

"CPIB memuji Syakirah atas integriti dan kejujurannya," menurut biro tersebut.

Ketika itu, Aizat digajikan sebagai pengarah, CEO dan doktor gigi di FDC. Khidmatnya digantung sejak insiden tersebut, menurut kenyataan itu lagi.

Majlis Pergigian Singapura sedang menyiasat salah laku Aizat.

"Singapura tidak akan bertolak ansur sama sekali terhadap rasuah. CPIB memandang serius terhadap sebarang amalan rasuah, dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan seumpama itu," menurut biro itu lagi.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita