Skip to main content

Singapura

Bekas CEO Citiraya disiasat atas 150 kesalahan dilarang akses kepada peguam

Anggaran Waktu Membaca:
 Bekas CEO Citiraya disiasat atas 150 kesalahan dilarang akses kepada peguam

(Gambar: CPIB)

Diterbitkan : 18 Dec 2024 01:22PM Dikemas Kini : 18 Dec 2024 01:25PM
SINGAPURA: Hakim pada Rabu (18 Dis) mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Citiraya Industries, Ng Teck Lee, untuk direman bagi siasatan tanpa akses kepada peguamnya selama tiga minggu.

Ng dan isterinya Thor Chwee Hwa melarikan diri selama 19 tahun selepas dikaitkan dengan kes penyelewengan dana lebih S$72 juta.

Mereka diberkas di Malaysia pada 3 Disember, dan dituduh di Singapura pada keesokan hari, dan ditahan sejak hari tersebut.
Mahkamah diberitahu bahawa Ng sedang disiasat atas 150 kesalahan di bawah Akta Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Shaun Lim berkata bahawa Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) sudah selesai menjalankan siasatan awal terhadap kesalahan Thor.

Dia memohon supaya Thor direman tanpa ikat jamin, dan diberi akses kepada peguam dan lawatan keluarga, dengan berhujah bahawa terdapat risiko sangat serius untuk Thor melarikan diri.

Selain melarikan diri pada masa lalu, Thor memiliki aset luar negara berjumlah kira-kira S$440,000 dan pasangan tersebut ditemui dengan dokumen pengenalan diri palsu semasa mereka diberkas, katanya.

Peguam bela pasangan itu Encik Aristotle Eng tidak membantah, dan hakim membenarkan permohonan berkait dengan Thor.

Encik Lim berkata penyiasat sudah mengambil lima kenyataan daripada Ng, namun masih belum selesai mengambil kenyataan atas dakwaan kesalahannya melibatkan keuntungan daripada hasil jenayah.

Pendakwa berkata bahawa penting bagi CPIB untuk mencatat kenyataan daripada Ng tanpa dinasihatkan peguamnya.

Encik Lim juga menambah bahawa siasatan ditangguhkan disebabkan faktor lain yang menyukarkan, seperti masalah perubatan yang dialami Ng semasa ditahan.

Perbicaraan mahkamah Ng seterusnya dijadualkan pada 24 Disember, manakala Thor akan kembali ke mahkamah pada 7 Februari 2025.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita