Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas bangunan Jabatan Pilihan Raya dijadikan hab perusahaan sosial

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perusahaan sosial dan badan tidak meraih untung akan mempunyai ruang bersama untuk bekerjasama dan menggalakkan penyertaan sivik di Singapura menjelang akhir 2024.

Hab impak kolektif itu, yang akan dinamakan The Foundry, ditubuhkan dengan kerjasama badan amal berdaftar The Majurity Trust (TMT), Tote Board dan Pejabat Kerjasama Pemerintah Singapura (SGPO).

Bercakap di Parlimen pada Jumaat (1 Mac), Setiausaha Parlimen Kanan Undang-undang Rahayu Mahzam berkata Penguasa Tanah Singapura (SLA) memainkan peranan penting dalam membantu mengoptimumkan sumber tanah, dan bukan hanya untuk pembangunan ekonomi.

Cik Rahayu berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan mengenai belanjawan Kementerian Undang-undang.

The Foundry akan ditempatkan di bangunan tiga tingkat di 11 Prinsep Link, yang berfungsi sebagai bangunan pejabat Jabatan Pilihan Raya selama hampir 25 tahun, sehingga 2019.

SLA menguruskan sekitar 11,000 hektar tanah negeri dan 2,600 hartanah.
Sumber : CNA/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan