Skip to main content

Singapura

Bekas banduan dalam dokumentari CNA hadapi tuduhan baharu

Seorang bekas banduan yang dipaparkan dalam dokumentari terbitan CNA 'Inside Maximum Security' didakwa dengan tuduhan-tuduhan baharu dan direman.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas banduan dalam dokumentari CNA hadapi tuduhan baharu

Graceson Ang dipaparkan dalam dokumentari CNA 'Inside Maximum Security'.

SINGAPURA: Seorang bekas banduan yang dipaparkan dalam dokumentari terbitan CNA 'Inside Maximum Security' didakwa dengan tuduhan-tuduhan baharu dan direman.

Rakyat Singapura, Graceson Ang, 40 tahun hadir di mahkamah menerusi pautan video pada Khamis (24 Jul) berhubung tiga tuduhan ke atasnya.

Ini bagi kesalahan gagal menyerahkan pasport semasa meninggalkan Singapura di Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk pergi ke Malaysia pada Mei 2023, berbohong bahawa dia hilang pasportnya ketika membuat permohonan pasport baharu pada bulan seterusnya dan mengimport lampu suluh LED berbentuk senjata renjatan dalam satu bungkusan pada 7 Mac 2023.

Semasa mengimport senjata renjatan itu, hukuman Ang bagi kesalahan lalu diringinkan dan diletakkan di bawah perintah pelepasan dari November 2022 hingga Januari 2025.

Ang ditampilkan dalam pautan video melalui tempat di mana ditahan reman, berpakaian kemeja putih, dengan latar belakang berwarna putih.

Ang setakat menunduk dan tidak banyak bercakap.

Pendakwa raya berkata kes itu adalah kes bersama dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan memohon penangguhan selama dua minggu lagi kerana Kastam Singapura dan Biro Narkotik Pusat (CNB) masih belum menyelesaikan siasatan mereka.

Peguam Ang, Encik Anil Singh Sandhu, berkata beliau akan bertemu Ang esok.

Kes itu ditangguhkan untuk siasatan diselesaikan.

Jika sabit kesalahan meninggalkan Singapura tanpa mengemukakan pasport, Ang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$1,000, atau kedua-duanya sekali.

Kerana membuat keterangan palsu dalam permohonan pasportnya, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Bagi mengimport senjata renjatan, pesalah kali pertama boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$100,000 atau tiga kali ganda nilai barangan, atau kedua-duanya.

Jika ia adalah kesalahan berulang, dia berdepan hukuman penjara selama tiga tahun, denda sehingga S$200,000 atau empat kali ganda nilai barangan, atau kedua-duanya.

Ang pertama kali didakwa atas kesalahan baharu itu pada bulan lalu.

Dia ditampilkan dalam dokumentari CNA pada 2022 yang merakam perjalanan banduan di penjara, berkongsi latar belakangnya dan kebimbangan jika isterinya meninggalkannya dan keprihatinan terhadap anak perempuannya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita