Bekas anggota WP beri keterangan 'percubaan cari kelemahan' Raeesah Khan; persoal bagaimana Pritam Singh 'terlepas begitu sahaja'
Anggaran Waktu Membaca:

Yudhishthra Nathan dan Pritam Singh (kanan). (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
SINGAPURA: Seorang bekas anggota Parti Pekerja (WP) dan penasihat kepada Cik Raeesah Khan memberi keterangan di kandang saksi terhadap ketua WP Pritam Singh pada Jumaat (18 Okt) tentang "percubaan untuk mencari kelemahan" Cik Raeesah bagi "menendangnya keluar" daripada parti itu.
Ini sedang Encik Pritam, yang mengetahui tentang pembohongan Cik Raeesah beberapa hari selepas beliau berbuat demikian di Parlimen pada Ogos 2021, "terlepas daripada sebarang hukuman", kata Encik Yudhishthra Nathan.
Encik Nathan, yang menganggotai WP selama enam tahun sebelum meninggalkan parti itu pada 2022, kini seorang graduan yang sedang memburu Doktor Falsafah (PhD)dalam bidang penyelidikan paras air laut.
Beliau ditampilkan sebagai saksi ketiga pihak pendakwa terhadap Encik Pritam, 48 tahun, yang dibicarakan atas dua tuduhan berbohong di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) apabila menjawab soalan tentang apa yang beliau mahu Cik Raeesah lakukan mengenai pembohongannya.
Encik Nathan menggambarkan bagaimana beliau menyertai WP pada 2013 sebagai seorang relawan, menjadi kader parti itu dengan hak mengundi pada pertengahan tahun 2016.
Beliau mendapat tahu mengenai Cik Raeesah sekitar setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2020, apabila Cik Raeesah dikerahkan untuk mengadakan lawatan bertemu penduduk di Sengkang dengan pasukan akar umbi, yang turut dianggotai Encik Nathan.
Encik Nathan juga mengenali penolong setiausaha Cik Raeesah, Cik Loh Pei Yong, sejak 2013, apabila mereka melakukan kerja-kerja sukarela bagi parti itu.
Cik Raeesah membuat kenyataan palsu di Parlimen pada 3 Ogos 2021 mengenai perbuatan menemani seorang mangsa rogol ke balai polis.
Pada hari yang sama, Cik Raeesah menghubungi Encik Nathan dari Bangunan Parlimen dan berkata beliau diminta oleh Encik Pritam untuk memberi butiran lanjut mengenai kenyataannya itu.
Encik Nathan berkata beliau bertanya Cik Raeesah bagaimana mantan Anggota Parlimen (AP) itu pertama kali mengenali mangsa rogol itu, dan beliau menjawab bahawa ia menerusi pertubuhan hak asasi wanita.
Beliau kemudian bertanya Cik Raeesah sama ada beliau boleh berhubung dengan mangsanya, tetapi Cik Raeesah berkata beliau tidak boleh berbuat demikian.
Encik Nathan kemudian berkata beliau berasa sangsi bahawa sebuah pertubuhan hak asasi wanita akan memberinya butiran mengenai mangsa atas sebab-sebab yang perlu dirahsiakan, dan untuk memberitahu Encik Pritam tentang perkara tersebut.
Di bawah soal siasat Timbalan Pendakwa Raya Sivakumar Ramasamy, Encik Nathan berkata beliau mendapat tahu bahawa kenyataan rogol itu adalah palsu pada 7 Ogos 2021, menerusi panggilan Zoom yang dibuat dengan Cik Raeesah dan Cik Loh.
Sebelum panggilan Zoom itu, Cik Raeesah memberitahu Encik Nathan dan Cik Loh dalam kumpulan sembang mereka bahawa beliau telah "melakukan sesuatu yang buruk" dan mahu memberitahu mereka mengenainya.
"Cik Loh bertanya sesuatu seperti, adakah ia boleh dikawal, dan (Cik Raeesah) berkata mungkin. Saya rasa dia berkata, mungkin, jika Pritam mahukan begitu, atau apa-apa seperti itu," kata Encik Nathan.
Pada masa yang sama, beliau berkata beliau sedang mengirimkan teks kepada Cik Loh, kerana mereka sedang cuba mencungkil apakah "perkara besar" yang dimaksudkan.
BIMBANG IA HUBUNGAN SULIT
"Saya bimbang ia ada kena-mengena dengan hubungan sulit, kerana saya tahu perkara sebegitu agak serius dalam politik Singapura, tetapi tiada asas bagi perkara itu, ia hanya satu kebimbangan," kata Encik Nathan.
Beliau kemudian mendapat tahu mengenai pembohongan itu dalam panggilan Zoom, apabila Cik Raeesah juga berkata beliau memberitahu Encik Pritam bahawa ia satu pembohongan.
Ditanya mengenai apa yang bermain dalam benak fikirannya selepas Cik Raeesah berkata demikian, Encik Nathan berkata: "Dalam fikiran saya, saya agak... pertama sekali, saya amat sedih bagi Cik Raeesah, kerana beliau pernah diserang secara seksual, tetapi saya juga tentu sekali agak khuatir bagi parti itu, kerana ia akan menjadi satu isu, atau ia menjadi satu masalah, bahawa Raeesah telah berbohong dalam ucapannya... tetapi dalam panggilan Zoom itu saya memujuknya."
Encik Nathan menggambarkan bagaimana Cik Raeesah mengirimkan pesanan teks kepada kumpulan sembang mereka pada 8 Ogos 2021, sambil berkata beliau telah memberitahu pemimpin WP "apa yang saya beritahu anda berdua" dan bahawa mereka bersetuju bahawa "perkara terbaik adalah untuk menyimpan maklumat itu sampai ke liang lahad".
Encik Nathan berkata pandangannya adalah, isu itu adalah "sesuatu yang tidak perlu ditangani oleh pemimpin parti", dan tumpuannya sekarang adalah tentang isu Muslim yang Cik Raeesah bangkitkan di Parlimen.
Pada waktu itu, terdapat kritikan hebat terhadap apa yang dikatakan Cik Raeesah di Parlimen mengenai poligami dan khatan bagi perempuan.
"Saya ingat lagi ada sedikit kebimbangan dalam parti mengenai bagaimana orang ramai memahami isu Muslim yang dibangkitkan, jadi itulah kebimbangannya pada masa itu," kata Encik Nathan.
Semasa pertemuan dengan Encik Pritam dan Cik Loh pada 10 Ogos 2021, Encik Nathan berkata beliau terlewat dan Encik Pritam dan Cik Loh sudah mula membincangkan mengenai pembohongan Cik Raeesah dan serangan seksualnya.
"Saya ingat dua perkara - saya ingat Cik Loh memberitahu Encik Pritam... beberapa pandangan tentang apa yang dilalui mangsa serangan seksual. Saya juga ingat pada satu ketika... Encik Pritam berkata sesuatu seperti... lelaki konservatif, sangat alim dalam masyarakat tidak akan suka apabila mengetahui seorang AP pernah diserang secara seksual," kata Encik Nathan.
Beliau berkata beliau "tentu sekali" ingat bahawa Encik Pritam tidak memberitahu mereka bahawa Cik Raeesah harus melakukan sesuatu untuk menjelaskan pembohongan itu, atau parti itu harus berbuat apa-apa untuk menjelaskan pembohongan itu.
Beliau berkata beliau merasakan bahawa pemimpin parti telah memutuskan bahawa tidak ada apa-apa yang harus dilakukan dan bahawa tiada langkah diambil antara pertemuan itu pada 10 Ogos 2021 hingga 4 Oktober 2021, untuk menjelaskan pembohongan itu.
Ciki Raeesah memberitahu mahkamah bahawa Encik Pritam bertemunya pada 3 Oktober 2021 sebelum Parlimen bersidang keesokan harinya, dan memberitahunya beliau tidak akan menghakiminya jika beliau mengekalkan naratifnya, yang Cik Raeesah faham sebagai untuk meneruskan pembohongan.
Pada 4 Oktober 2021, Menteri Undang-Undang K Shanmugam mendesak Cik Raeesah di Parlimen tentang kenyataannya itu untuk mengetahui lebih banyak butiran mengenai balai polis itu, bila ia berlaku dan pegawai polis yang terlibat.
Cik Raeesah bagaimanapun tidak berkongsi dengan lebih lanjut, sambil merujuk baahwa ia sesuatu yang perlu dirahsiakan.
Encik Nathan kemudian bertemu dengan Encik Pritam dan Cik Loh pada 12 Oktober 2021, di mana mereka berbincang mengenai apa yang harus dilakukan mengenai pembohongan Cik Raeesah.
Semasa pertemuan itu, Encik Nathan berkata Encik Pritam berkata beliau rasa kenyataan itu akan dibangkitkan lagi di Parlimen.
Encik Nathan berkata Encik Pritam tidak menjelaskan bila Cik Raeesah harus membuat keputusan antara meneruskan pembohongan atau bercakap benar.
Beliau berkata beliau merasakan ia ibarat Encik Pritam membiarkan Cik Raeesah untuk membuat pilihan dan beliau "tidak mempunyai masalah" dengan pilihannya.
Encik Nathan memberi keterangan bahawa beliau bertanya Encik Pritam semasa pertemuan itu mengapa terdapat perubahan strategi - yang mereka berkata mereka mahu Cik Raeesah bercakap benar.
Apabila Encik Nathan bertanya Encik Pritam sama ada beliau bersedia untuk menjawab pertanyaan daripada wartawan, Encik Pritam seakan-akan memberi reaksi tangan yang melambai dan berkata 'itu perkara mudah, saya boleh menanganinya."

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.