Bekas anggota samseng yang larikan diri dari SG selepas serang lelaki dikenakan latihan pemulihan 6 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Wikicommons
SINGAPURA: Seorang lelaki diperintah menjalani latihan pemulihan selama enam tahun, selepas hampir lapan tahun melarikan diri dari Singapura dengan membayar seorang pengemudi bot warga Malaysia sebanyak S$6,000 supaya dapat mengelakkan hukuman penjara.
Loh Ping Huang, yang kini berusia 50 tahun, bebas atas ikat jamin kerana memukul seorang lelaki dan meninggalkannya dalam keadaan tidak berdaya dan memukul seorang lelaki lain dengan pasu bunga.
Dia mengaku bersalah bulan lalu atas satu tuduhan masing-masing dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah, dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata dan meninggalkan Singapura di tempat yang tidak sah.
Selain itu, dia mengaku bersalah menjadi anggota kongsi gelap dari 2010 sehingga 2022, dan juga menjemput seseorang untuk menyertai kumpulan samseng tersebut.
Lagi enam tuduhan serupa diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.
Hukuman terhadap Loh itu dikira bermula pada 26 Sept 2022 ketika dia pertama kali direman.
APA YANG BERLAKU
Menurut dokumen mahkamah, Loh sedang menemani seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an tahun ke rumahnya di Lorong 30 Geylang selepas minum arak pada malam sebelumnya pada 12 Jun 2015.
Pada kira-kira 7.15 pagi, Loh, yang mabuk teruk, menyangka bahawa seorang lelaki berusia 60-an sedang menatap wanita itu.
Loh mengherdik lelaki terbabit untuk meninggalkannya tetapi dia enggan. Kedua-dua lelaki itu pun bertengkar.
Lelaki itu mengambil sebuah papan dan cuba menghayunkannya ke arah Loh, tetapi Loh menumbuk lelaki tersebut berulang kali di muka, menyebabkan lelaki terbabit melepaskan papan itu.
Akibat pertengkaran tersebut, lelaki itu berada dalam keadaan tidak berdaya sehingga dia meninggal dunia pada 25 Julai 2019.
Bedah siasat kemudian menunjukkan bahawa kematiannya itu adalah akibat radang paru-paru yang disebabkan oleh kecederaan kepala. Penyakit jantung yang dihidapi juga didapati menjadi punca kematian itu, menurut kertas mahkamah.
Loh didakwa pada 13 Jun 2015 atas serangan tersebut. Ketika diikat jamin, dia bergaduh di sebuah pub di Geylang pada 9 Julai 2016.
Semasa pergaduhan itu, dia mengambil pasu bunga lalu menghentaknya di atas kepala seorang lelaki, sehingga menyebabkan lelaki tersebut mengalami beberapa kesan lebam.
Loh memutuskan untuk melarikan diri dari Singapura pada pertengahan 2016 supaya dapat mengelakkan daripada menjalani hukuman penjara atas jenayah yang dilakukan.
Loh membayar seorang pengemudi bot warga Malaysia S$6,000 semata-mata untuk meninggalkan Singapura secara haram. Dia menaiki sebuah bot berdekatan dengan Jeti Changi Point supaya dapat sampai ke Johor, Malaysia.
Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak mendedahkan bagaimana bot berkenaan tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa Singapura.
Loh tinggal di Malaysia kira-kira tiga tahun sebelum dia memutuskan untuk pergi ke Vietnam kerana takut dia akan diberkas oleh polis Malaysia dan dihantar pulang ke Singapura.
Loh tinggal di Vietnam sehingga dia diberkas oleh pihak berkuasa Vietnam dan dibawa pulang ke Singapura pada 26 Sept 2022. Secara keseluruhannya, dia hidup dalam pelarian selama enam tahun.
Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah, Loh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat.
Bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata, hukuman itu ialah penjara maksimum tujuh tahun, denda dan sebatan.
Bagi kesalahan menganggotai kongsi gelap, Loh boleh berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun atau didenda S$5,000, atau kedua-duannya sekali.
Bagi kesalahan meninggalkan Singapura di tempat yang tidak sah, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau didenda S$2,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.