Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas anggota samseng berdepan tuduhan serang 3 remaja secara seksual di taman permainan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 46 tahun mula berkenalan dengan tiga remaja lelaki yang tinggal di estet perumahan yang sama. Mereka selalu meluangkan masa bersama di mana lelaki yang berusia itu akan bercerita tentang kehidupannya dan berkongsi pendapatnya tentang agama. 

Namun, apabila hubungan mereka menjadi tegang akibat khabar-khabar angin tentang lelaki itu, bekas anggota samseng  menyerang remaja itu secara seksual pada suatu malam pada tahun 2018. 

Kes Mustapah Abdullah, yang kini berusia 50 tahun, dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada Isnin (11 Apr). Dia membela dirinya sendiri terhadap tiga tuduhan serangan seksual. 

Identiti ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 16 hingga 17 tahun ketika kejadian, tidak boleh didedahkan atas arahan mahkamah. Mereka dikenal pasti sebagai V1, V2 dan V3 dalam dokumen mahkamah. Mahkamah dimaklumkan bahawa ketiga-tiga budak itu kini merupakan pelajar. 

Kes pihak pendakwa adalah Mustapah mengambil kesempatan atas perasaan takut mangsa-mangsa untuk memaksa mereka lakukan perbuatan seksual dengan mengancam untuk mencederakan mereka dan mengganggu keluarga mereka. 

Dia "mempergunakan rasa takut mangsa terhadap tindak balas dalam bentuk keganasan dan memberikan mereka dengan 'pemilihan' salah" antara serangan seksual dan kecederaan fizikal, ujar Timbalan Pendakwa Raya Gail Wong, Tay Jia En dan Gladys Lim. 

Pihak pendakwa dijangka akan mengemukakan bukti daripada 20 orang saksi untuk membuktikan kesalahan-kesalahan berkenaan. Tiga mangsa akan memberikan kenyataan menerusi kamera. 

Pihak pendakwa mengusulkan hukuman penjara selama 26 tahun dan 24 kali sebatan, dengan tambahan tempoh penjara bagi menggantikan hukuman sebatan. Tertuduh tidak boleh dirotan kerana kini berusia 50 tahun. 

Seorang pakar psikiatri Institut Kesihatan Mental (IMH) mendapati bahawa Mustapah tidak mengalami sebarang masalah mental atau kekurangan daya intelek, dan masih waras pada waktu kejadian. 

SERANGAN

Menurut pihak pendakwa, Mustapah mengaturkan pertemuan dengan mangsa-mangsa di sebuah tempat rehat pada 18 Okt 2018 10.30 malam di mana dia bertanya mereka tentang edaran khabar-khabar angin itu. 

"Tertuduh menjadi ganas dan menarik rambut V3, melempangnya sehingga cermin matanya jatuh dan cuba mengorek biji matanya, serta menendang V2 di bahagian belakang badannya," ujar pendakwa, sambil menambah bahawa Mustapah sedang memegang botol alkohol pada waktu itu. 

Mustapah juga didakwa mengancam mereka dengan mengatakan bahawa dia dahulu terlibat dalam pergaduhan geng. Dia juga berkata akan menuju ke rumah-rumah mangsa dan melakukan "perkara yang tidak elok" kepada mereka, oleh itu, mereka harus "berhati-hati".

Dia kemudian didakwa memberitahu memangsa untuk bercakap dengannya satu demi satu di atas papan gelongsor di taman permainan berdekatan tempat rehat itu. 

Di sana, Mustapah dituduh memberitahu setiap mangsa untuk melakukan aksi seksual terhadapnya atau "tinggalkan tempat itu". Jika mereka memilih untuk meninggalkan tempat itu, Mustapah akan memberi mereka "masalah" di tempat awam. 

Oleh kerana mereka rasa takut, setiap mangsa itu terpedaya dengan ancaman Mustapah. 

Sesiapa yang disabit kesalahan serangan seksual boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan. 

Perbicaraan diteruskan sehingga Khamis (14 Apr). 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan