Bekas anggota pengurusan kanan prasekolah mengaku tutup kesalahan tukang masak yang cabul murid
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiga bekas anggota pengurusan kanan prasekolah mengaku pada Jumaat (19 Dis) atas tindakan menutup kesalahan seorang tukang masak yang mencabul kanak-kanak kecil di prasekolah tempat mereka semua bekerja.
Tukang masak itu, Teo Guan Huat, 61 tahun, mencabul tiga kanak-kanak kecil semasa waktu tidur siang selama tujuh bulan pada tahun 2023. Dia mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara lebih sembilan tahun bulan lalu.
Tiga anggota pengurusan kanan tersebut ialah pengarah eksekutif, pengetua dan naib pengetua prasekolah tersebut.
Mereka bertiga gagal melaporkan perbuatan Teo dan berkomplot untuk memadam rakaman kamera televisyen litar tertutup yang menjadi bukti kesalahan tersebut. Pengarah eksekutif dan naib pengetua juga berkomplot untuk memadam bukti video perbuatan tersebut.
Nama mereka dan nama prasekolah tempat mereka bekerja tidak boleh diterbitkan disebabkan perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, yang berumur antara satu hingga dua tahun pada masa kesalahan tersebut berlaku.
Pengarah eksekutif dan naib pengetua masing-masing mengaku bersalah atas satu pertuduhan berkomplot untuk menghalang keadilan. Dua pertuduhan lain kerana menghalang keadilan dan gagal melaporkan kesalahan Teo akan dipertimbangkan dalam hukuman.
Pengetua mengaku bersalah atas satu pertuduhan gagal melaporkan kesalahan Teo. Satu lagi pertuduhan berkomplot untuk menghalang keadilan akan dipertimbangkan.
Hukuman ditangguhkan kepada 19 Januari 2026.
ECDA mendenda prasekolah itu sebanyak S$26,200, menyekat pendaftaran baharu dan memendekkan tempoh lesennya daripada 36 bulan kepada enam bulan.
ECDA juga mengambil tindakan terhadap empat anggota pengurusan prasekolah, dan menghalang tiga daripada mereka daripada bekerja dalam sektor prasekolah sejak April 2024.
Keempat-empat kakitangan dipecat daripada jawatan mereka oleh pengendali prasekolah, menurut pihak berkuasa sebelum ini.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.