Bekas ahli ekonomi GIC dikenakan arahan pembetulan kedua POFMA dalam 2 bulan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Try Sutrisno Foo)
SINGAPURA: Arahan pembetulan dikeluarkan terhadap laman web The Independent Singapore (TISG) dan Encik Yeoh Lam Keong, bekas ketua ahli ekonomi dana pelaburan Singapura GIC setelah mereka didapati memuat naik kenyataan palsu dan mengelirukan berhubung lebihan kewangan Pemerintah.
Ini merupakan arahan pembetulan kedua, di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA), yang dikeluarkan terhadap Encik Yeoh dalam tempoh lima minggu.
Arahan pembetulan terkini, melibatkan dua catatan Facebook yang dimuat naik Encik Yeoh pada 7 November lalu selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang yang membolehkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dinaikkan secara bertahap-tahap dalam masa dua tahun akan datang.
Ini "nampaknya tidak perlu sama sekali buat masa ini kerana kita mempunyai lebihan fiskal berstruktur bernilai S$30 bilion, yang kita belum pun mula menyatakan secara terbuka rancangan besar bagi perbelanjaan yang jelas," tulis Encik Yeoh.
TISG mengeluarkan semula kenyataan in melalui dua rencana berasingan pada 9 November dan 12 November.
Dalam kenyataan medianya pada Jumaat (18 Nov), Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan: "Kenyataan Encik Yeoh mendakwa bahawa terdapat lebihan fiskal berstruktur bernilai S$30 bilion lebihan yang tersedia kepada Pemerintah untuk perbelanjaannya. Ini tidak benar."
"Sepanjang dua dekad yang lalu (tidak termasuk Tahun Kewangan 2020, yang mengalami defisit fiskal yang ketara disebabkan oleh perbelanjaan COVID-19), Pemerintah mencatatkan purata imbangan fiskal sebanyak S$2.2 bilion setiap tahun," tambah kementerian itu.
"Lantaran itu, adalah tidak benar bahawa Pemerintah mempunyai 'lebihan fiskal berstruktur bernilai S$30 bilion' yang tersedia untuk dibelanjakan setiap tahun."
Sesiapa saja yang dikenakan arahan pembetulan di bawah POFMA mesti menyertakan notis pembetulan pada catatan atau rencana asal, dengan pautan kepada penjelasan Pemerintah.
TISG sudahpun membubuh notis pembetulan pada artikel-artikel yang dipertikaikan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.