Skip to main content

Singapura

Bekalan vaksin demam selesema berkurangan akibat lonjakan pada jumlah permintaan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Dec 2023 06:15PM Dikemas Kini : 29 Dec 2023 10:27PM
SINGAPURA: Bekalan vaksin demam selesema di beberapa klinik di sini semakin rendah disebabkan oleh permintaan yang melonjak akhir-akhir ini.

Lebih ramai orang juga ingin dapatkan perlindungan tambahan sebelum bercuti ke luar negara.

Di klinik UniHealth, ia sesak dengan pesakit sejak beberapa minggu lalu, disebabkan oleh lonjakan kes COVID-19 .

Bukan itu sahaja, jumlah kes demam selesema juga meningkat hampir 30 peratus.

Maka itulah, jumlah kakitangan serta bekalan ubat-ubatan perlu ditingkatkan.

Kami lazimnya membuat persiapan sekitar 30 peratus lebih banyak daripada jangkaan, agar dapat tangani kenaikan permintaan yang diperkirakan.

Namun begitu, tambahan bekalan vaksin demam selesema masih tidak mencukupi kerana permintaan melebihi jangkaan pihak klinik.

Ramai penduduk ingin mendapatkan tambahan perlindungan sebelum ke luar negara, memandangkan kes demam selesema semakin melonjak.

"Lebih ramai orang ke sini untuk vaksin demam selesema. Kebanyakan klinik kehabisan stok bagi vaksin demam selesema pada pertengahan Disember. Kebetulan pula, para penjual dan pembekal menetapkan tarikh tutup lebih awal untuk pihak klinik membuat pesanan jelang hujung tahun, disebakan bermulanya musim mengira stok mereka.," kata Dr Xie Huizhuang, Pengarah Perubatan Klinik UniHealth.

Mujur, bekalan baharu vaksin dijangka tiba jelang suku pertama tahun depan.

Di klinik Phoenix, bekalan vaksin demam selesema juga semakin berkurangan.

Ia kini mengutamakan pesakit-pesakit yang lebih mudah jatuh sakit, seperti warga emas.

"Kami sudah cuba hubungi para pembekal, tetapi mereka juga kehabisan stok. Kebanyakan klinik dan hospital turut membuat pesanan untuk tambahan stok," kata Dr Chua Hshan Cher, Pengarah Perubatan Phoenix Medical Group.

"Terdapat hanya beberapa pembekal berdaftar untuk vaksin demam selesema di Singapura. Oleh itu, semua pembekal sudah kehabisan stok buat masa ini," tambahnya.

Namun Dr Chua menekankan, tiada sebab untuk orang ramai bimbang tentang kekurangan bekalan vaksin demam selesema.

Beliau jangkakan, permintaan bakal merosot menjelang hujung musim cuti.

Dr Chua juga berpesan kepada semua untuk menjaga kebersihan diri kerana ia merupakan benteng utama terhadap penyakit pernafasan seperti demam selesema.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita