Skip to main content

Singapura

Bekalan ubat berkurangan sedang kes selesema kian meningkat

Sebilangan doktor keluarga mendapati ibu bapa semakin sukar mendapatkan ubat selesema bagi anak-anak mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Sep 2022 07:17PM Dikemas Kini : 16 Sep 2022 08:57PM
SINGAPURA: Sebilangan doktor keluarga mendapati ibu bapa semakin sukar mendapatkan ubat selesema bagi anak-anak mereka.

Menurut doktor-doktor tersebut, keadaan itu disebabkan oleh kekurangan ubat berkenaan di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan sejagat serta bertambahnya jumlah kes selesema biasa.

Beberapa klinik yang ditemui CNA menyatakan ia menerima lagi sekitar 33 peratus pesakit yang mempunyai simptom selesema biasa.

Antara sebab kenaikan kes selesema itu adalah lebih banyak perjalanan ke negara-negara lain semasa cuti sekolah minggu lalu dan pelonggaran pemakaian pelitup.

Lantaran itu, beberapa doktor keluarga terpaksa bergantung kepada bekalan ubat daripada pelbagai pembekal.

Mereka juga terpaksa mendapatkan ubat jenama alternatif yang mungkin lebih mahal.
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita