Skip to main content

Singapura

Bekalan tenaga di kawasan tengah S'pura terputus kerana kerja penyenggaraan: SP Group

Bekalan tenaga terputus di beberapa kawasan di bahagian tengah Singapura minggu lalu disebabkan kerja-kerja penyenggaraan oleh kakitangan SP Group di sebuah pencawang pada hari berkenaan, dedah SP Group melalui laman Facebook hari ini (4 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekalan tenaga di kawasan tengah S'pura terputus kerana kerja penyenggaraan: SP Group

Bekalan elektrik terputus di The Arcade. (Gambar: Angela Ang)

Diterbitkan : 04 Jun 2018 08:56PM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 09:00PM

SINGAPURA: Bekalan tenaga terputus di beberapa kawasan di bahagian tengah Singapura minggu lalu disebabkan kerja-kerja penyenggaraan oleh kakitangan SP Group di sebuah pencawang pada hari berkenaan, dedah SP Group melalui laman Facebook hari ini (4 Jun).

Catatan tersebut berbunyi: "Kami memohon maaf kepada orang ramai yang terjejas oleh gangguan bekalan elektrik pada 1 Jun 2018.

"Kami mengesan punca insiden itu adalah kerja-kerja penyenggaraan oleh kakitangan kami di sebuah pencawang pada hari tersebut. Sebuah komponen alat ujian tidak dialihkan sebelum sistem tersebut dihidupkan semula, lantas menyebabkan gangguan bekalan.

"Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas gangguan tersebut. Kami sedang memperketatkan lagi prosedur-prosedur kami untuk mencegah insiden tersebut daripada berulang. Kami maklum bahawa keutamaan kami semestinya adalah untuk menjamin bekalan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai untuk Singapura pada setiap masa." 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita